Artis / Selebriti
” Tak pernah merancang dan tak pernah menetukan. Kenapa eh macam tu jadinya ? ” – Dato’ Fazley
Sering pakai baju warna sedondon secara tidak sengaja dengan Dato’ Seri Vida, perkongsian Dato’ Fazley Yaakob terima usikan daripada peminat. Wah, suratan atau kebetulan ni, ehem ehem..
Sejak kebelakangan ini, hubungan antara penyanyi dan chef terkenal, Dato’ Fazley Yaakob, dengan usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida sering menjadi perhatian ramai. Mereka dilihat semakin akrab dan mesra setiap kali muncul bersama di media sosial mahupun dalam pelbagai program. Malah, keakraban itu turut melibatkan anak-anak mereka yang kini semakin rapat selepas sama-sama menyertai program pertandingan Talk To My Manager 2.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Dato’ Fazley telah memuat naik beberapa keping gambar bersama Dato’ Seri Vida. Perkongsian tersebut mencuri perhatian para pengikutnya yang tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan pelbagai komen. Di ruangan kapsyen, Dato’ Fazley turut berseloroh mengenai satu kebetulan yang sering berlaku setiap kali mereka bertemu.
Menurut Dato’ Fazley, dia dan Dato’ Seri Vida kerap mengenakan pakaian yang sedondon warnanya walaupun perkara tersebut tidak pernah dirancang lebih awal. Kebetulan yang berulang kali berlaku itu membuatkan ramai terhibur dan menganggap mereka mempunyai keserasian yang tersendiri. Malah, gambar-gambar yang dikongsikan itu jelas memperlihatkan kemesraan mereka ketika bersama.

Perkongsian berkenaan turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang meluahkan rasa senang melihat hubungan baik yang terjalin antara Dato’ Fazley dan Dato’ Seri Vida. Tidak kurang juga yang berseloroh dengan mengatakan kedua-dua figura terkenal itu kelihatan sepadan dan berharap mereka mempunyai jodoh pada masa akan datang.
Ikuti perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Dato’ Fazley dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Apa ek namanya kalau kita selalu tersama dgn seseorang tu.. Maksudnya fikiran kita dgn dia selalu matchy matchy la ek.. “
” Amboi Dato’ hati tengah berbunga-bunga ke sekarang, hehe.. Kami doakan yang baik2 buat Dato dan DSV.. Mana tahu ada jodoh kan, hehee.. Aminnnnnn.. “
” Semoga yang baik-baik untuk datuk-datuk berdua.. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik semoga sentiasa ada jodoh ..jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama nanti dia dikebas orang.. “
” Wahhh comel dua2 ni klu together.. Semoga berjodoh dato untuk hari2 tua yg bakalNmendatang.. Menemani.. Berbicara.. Selalu kalau netizen sokong ni menjadi tau, hehe.. “
” Ok ini onzzz, memang sekufu, memang sepadan dua2.. Nampak manis2 sweet2 je.. Insyaallah kalau ada jodoh tak kemana.. Kami semua setuju dato, heehe.. “
” Yeke kebetulan, ehem ehem.. Ke dah janji ni, hahaha tipu berdosa tau.. Kenape aku nengok muka diorang mcm copy and paste .. Ke aku je yg nampak… “
” Abang Fazley kali ini kasi jadi, nampak sepadan lah.. Kami suka, kami suka, kami suka, hehee.. Moga ada jodoh abang Fazley dengan dato seri vida.. “
Komen adik Dato’ Fazley, Raf Yaakob dan respon Dato’ Fazley :


Selain itu, komen daripada adik Dato’ Fazley iaitu Raf turut menjadi perhatian ramai. Raf dilihat sempat mengusik abangnya di ruangan komen sehingga mencetuskan pelbagai reaksi lucu daripada netizen. Apa-apa pun, hubungan baik yang terjalin antara mereka sememangnya menggembirakan para peminat. Andai benar ada jodoh yang tertulis, pastinya ia tidak akan ke mana. Buat masa ini, ramai yang terus mendoakan yang terbaik buat kedua-dua mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fazleyyaakob
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen

