Artis / Selebriti
” Wahh Waheeda dah jadi nenek rupanya.. ” – Netizen
Video Waheeda Wassini Kongsi Cerita Kenapa Menyepi Dalam Industri Seni Selama 15 Tahun Raih Perhatian Warganet. Wah Lamanya Tak Nampak Waheeda, Dah Ada Cucu Rupanya !!
Pastinya ramai yang kenal dengan penyanyi Waheeda yang pernah popular dengan lagu Wassini pada satu ketika dahulu. Kini Waheeda telah membuat kejutan kembali ke arena muzik tempatan selepas lebih 15 tahun berehat.
Untuk pengetahuan semua, bekas pemenang tempat ketiga Voice of Asia ini berehat daripada kerjayanya dalam industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan pendakwah bebas terkenal iaitu Akhil Hayy.
Terbaru di akaun Instagram Majalah Nona telah dikongsikan video yang memaparkan temubual bersama Waheeda. Menerusi video itu, Waheeda berkongsi cerita mengenai kehidupannya sepanjang menyepi dan sedikit perkongsian mengenai misinya dalam dunia seni.

Waheeda berkata sebelum ini dia memberikan fokus membesarkan anak-anak dan kini anak-anak sudah membesar. Bahkan Waheeda juga berkongsi yang dirinya sudah bergelar seorang nenek. Selain itu, jelas Waheeda kemunculannya pada kali ini adalah untuk bergelar composer, serta membina platform untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam dunia seni dengan ilmu.
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Wahh Waheeda dah jadi nenek rupanya.. Waheeda ni pun pernah menjadi fenemona di Malaysia suatu ketika dulu.. Love u sister.. “
” Filem Anak mami kembali masih diingatan… Tolong Ida bang.. Mak suruh masak, tapi Ida tak reti.. Last last tokwan pun bersekongkol, hehe.. “
” Waheeda seorang beauty with brain. Petah dan bijak berkomunikasi dan english dia pun power. Rindu nya aku kat Waheeda punya karya seni nya.. “
” MasyaAllah.. Sy minat sngt, moga dipermudahkan segala urusan.. Suara tu maintain je macam dulu.. Love sangat lah dengar.. “
” Love her song.. Padu bak hang.. Waheeda & giegiel – song title is mencari.. Welcome back Waheeda, semoga smuanya dipermudahan.. “
” Perfect niqab.. Niqab bukan fesyen, ada setengah berniqab tapi jelas menghiasi kening dan mata.. Suka Waheeda, dia jenis yang tegas cara dia bercakap, takde melehoy2 manja2.. “
” Cara dia bercakap itu memang educated.. Orang yang ilmu penuh di dada.. Bercakap pun dah sedap suaranya.. Best sangat.. “
Pasti ramai yang teruja mendengar perkongsian Waheeda, menarik misi yang dikongsikan yang sememangnya membawa kelainan. Apa-apa pun semoga segala perancangan Waheeda tersebut akan berjalan dengan lancar dan segala urusannya akan dipermudahkan. Welcome back Waheeda..

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



