Connect with us

Artis / Selebriti

” Budak bertuah ni pandai nak klepek adik dia. Kaki klepek juga, haha.. ” – Netizen

Video Amir The Chosen One Bermain Congkak Bersama Adik Lelakinya Buat Warganet Terhibur. Amboi Amir Pandai Eh Nak Main Mengelat, Nasib Adiknya Bijak. Sebijik-Sebijik Lagi Si Adik Letak Guli. Nakal Amir Ni, Haha !!

Walaupun rancangan The Chosen One telah pun berakhir, namun peminat adik Amir masih tetap mengikuti perkembangan Amir. Kembali ke rimba dan menjalani rutin harian seperti biasa, Amir juga baru sahaja selesai menjayakan satu konsert karnival bersama coachnya, Putera Muhammad.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Amir bersama 2 orang adiknya. Kehidupan anak-anak di pedalaman tidak sama seperti kanak-kanak di bandar.

Klik gambar untuk info..

Masih bermain permainan tradisional, Amir bebas daripada pengaruh gajet. Menerusi video ini, Amir bermain permainan congkak bersama adik lelakinya. Bermain sambil makan jajan, sempat lagi Amir hendak ‘game’kan adiknya. Tertulis pada paparan video itu ‘ cubaan Unuk klepek adiknya tak berjaya, tewas di tangan budak darjah 2 ‘.

Bercakap dalam bahasa Temiar, Amir dan adiknya itu kelihatan seronok bermain dan gelak bersama. Ini baru congkak, kalau dibuatnya mereka bermain monopoly ke saidina ke, boleh bankrup adik kena’ game’ dengan Amir. Comel sahaja adik-adik Amir, yang asik perempuan wajahnya seperti Amir versi perempuan sangat.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@amir.sisiunukoffi

Ni baru main congkak,kalau main monopoly ke saidina,mau bankrup budak tu kena game dengan Unuk..#fypシ #berandatiktok #termojproduction #diaridaripedalaman #amirsisi

♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hahaahha budk bertuah ni pandai erk nk klepet adik dia. muka sally version unuk pakai tudung. comel je.. smg Allah melindungi kalian semua.. aamiin.. ”

” Lama dah tk main congkak rindu plk alah unuk relex ja hg nuh mkn dlu bru main.. comel je 3 bradik ni.. ”

” Terbaik…. cara adik amir menghabiskan masa lapang sama macam pak cik masa bebudak dulu… sungguh indah.. ”

” Cara hidup yg alami & tradisional. jauh dari dunia gajet canggih yg mengilakan. Macam ni yg best. kembali kpd cara asal.. ”

” Bestnya main congkak.. bestnya kopok bika.. wehh memory zaman kekanak ni.. Amir brckp pun suara sedap.. ”

” Alahaiii.. comelnya 3 beradik ni…. pandai adik Amir nak klepek adiknya ye.. Amir ni memang nak4l ye hehe. bestnya kome main congkak yek.. ”

” Amir Amir, pandai nak klepek adik last-last dia sendiri kalah dengan adik haha.. Comel je adik amir main, letak satu-satu hehe.. ”

” Amir Amir kaki klepet juga ye haha. Comel adik-adik Amir. Tak apa bijak main congkak Amir suara padu.. Semoga Amir dan keluarga sihat-sihat selalu ye.. ”

Klik gambar untuk info..

Pandai betul Si Amir ni hendak ‘putar’ adiknya tapi adik lagi power lah daripada abang bab main congkak. Dah kalah Amir dengan budak darjah 2, hehe. Apa-apa pun, seronok melihat gelagat Amir dan adik-adiknya ini. Moga terus bahagia dengan cara hidup Amir ini dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amir Sisi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT