Artis / Selebriti
” Happy for you, alhamdulillah.. ” – Adira Suhaimi
Adira Suhaimi Muatnaik Gambar Dato’ Red Di Insta Story Miliknya. Kata-Kata Adira Untuk Dato’ Red Sangat-Sangat Bermakna. Sweet Juga Adira Ni !!
Nama Adira Suhaimi dan suaminya, Dato’ Adnan atau Dato’ Red masih lagi antara pasangan yang menjadi sebutan dan hangat diperkatakan sekarang. Sebagaimana yang diwar-warkan di media, pasangan ini sedang dalam proses perceraian dan akan memasuki proses Hakam pada bulan 4 akan datang.
Dato’ Red juga kini sedang sibuk dengan pelbagai tawaran kerja. Semenjak Dato’ Red memberanikan diri post di akaun Tiktoknya mengatakan dia sedang mencari pekerjaan demi untuk menanggung anak-anak. Rezeki buat Dato’ Red, tidak henti-henti tawaran kerja daripada syarikat dan individu hadir.

Klik gambar untuk info..
Meninjau Insta Story Adira Suhaimi, telah dikongsikan video Dato’ Red hadir ke wisma Jakel menaiki motosikal. Video ini yang Dato’ Red muatnaik di akaun media sosialnya untuk memberitahu dia berpeluang menjadi model untuk baju raya keluaran Jakel.

Apa yang mencuri perhatian adalah ayat yang Adira sertakan pada paparan video tersebut. Menyatakan dia gembira melihat perkembangan Dato’ Red itu, Adira turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan untuk suaminya ini dan dia akan selalu doa yang terbaik untuk Dato’ Red.

Adira juga ada menitipkan pesanan agar Dato’ Red bekerja dengan sebaik-baiknya. Kata-kata Adira ini menunjukkan betapa Adira selalu menyokong apa sahaja yang Dato’ Red lakukan. Seperti kata Adira sebelum ini, dari dulu lagi dia sentiasa menyokong suaminya itu.

Kata-kata yang cukup bermakna dan pasti memberikan semangat untuk Dato’ Red apabila membacanya. Semoga segala pekerjaan yang diusahakan Dato’ Red berjalan dengan lancar dan segalanya yang terbaik untuk Dato’ Red dan Adira. Siapa tahu ada cahaya di hujung Ramadhan untuk ikatan mereka berdua, wallahualam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi, TT Abg Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen


