Connect with us

Artis / Selebriti

” Kemain mengekek dia gelak seronok main dengan daddy.. ” – Netizen

Video Safawi Rasid Bermain Dengan Anaknya, Saif Sulaiman Buat Ramai Terhibur. Alahai Comelnya Saif, Berdekah Dia Gelak Main ‘Cak Cak’ Dengan Daddy Yer. Makin Montel Sekarang Saif, Geram Jer Tengok !!

Umum mengetahui yang pemain bola sepak, Muhammad Safawi Rasid telah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya, Syifa Melvin yang merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin. Hasil perkongsian hidup bersama pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada bulan September tahun lalu.

Memilih nama sebagai Saif Sulaiman, sejak dilahirkan lagi anak pasangan tersebut mencuri perhatian netizen dan pujian ramai gara-gara Saif memiliki bentuk jawline yang tajam. Kini, usia Saif 6 bulan dan badannya sangat montel sehingga jawline yang tajam dahulu sudah tidak nampak lagi.

Klik gambar untuk info..

Meninjau di akaun TikTok Syifa, telah dikongsikan video yang memaparkan Safawi sedang bermain bersama Saif. Kelihatan mereka berada di atas katil dan kedua mereka sedondon memakai baju warna kuning. Ketika Safawi sedang mengacah-ngacah Saif, Saif tidak henti-henti ketawa dan Saif nampak begitu terhibur bermain bersama daddy tersayang.

Selain itu, menerusi perkongsian di akaun Instagram Syifa, turut memuatnaik beberapa gambar Syifa sedang mendukung Saif. Sehingga kini, video Safawi bersama Saif menerima ratusan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

@syifmel131

Dua ketoi kuning teloq dok main, hat kuning kecik tu dok provoke😏 MashaAllah😍@OFFICIAL SAFAWI R

♬ original sound – Syifa Melvin – Syifa Melvin

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video terbaru oleh Syifa ini dan mereka memuji kecomelan Saif. Antara komen-komen menarik adalah :

”  Kemain mengekek dia gelak seronok main dengan daddy.. Comel lah tengok Saif, gerammm dengan pipi bolat dia tu.. “

” Wehhh pndainya dia mainn dgn bapak dia.. Angkt kepalaaa siap tuuu hahahah alaaa comell Saif ni, dah besar budak bambam ni.. “

” Suke tgk 2 branak ni… Kelakar jgk so Pawi ni.. Comeynye si kecik ni, pndai die ajak bapak die main cak cak, hehe kita pun ketawa sekali.. “

” Ya Allah, comel je anak soleh tu, geram je dgr suara dia gelak.. Membolat dgn jayanya lah budak bertuah ni.. Sihattttt.. “

” Hoiii budak gemokkkkkk, kenapa awak comel sangat ni, hahaha.. Seronok lah daddy ada boleh main sama-sama kan Saif.. “

” Pawi cakk kte skli ke. Ni ngan kite2 gelak.. Saif tak penat ke asyik gelak hanya sbab lyn karenah daddy Pawi.. “

” Comell betulll Saif Sulaiman nih.. Semoga sihat selalu, anak yg cerdik dn menjadi anak yg baik untuk ibu and daddy ye Saif.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai seronoknya Saif dapat main cak cak dengan daddy, asyik ketawa tak berhenti bila diacah. Sekarang Saif juga sudah pandai senyum ketika gambarnya diambil. Apa-apa pun semoga Saif terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat bubu dan daddynya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok syifamelvin131, IG syifamelvin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT