Artis / Selebriti
” Meleleh laju pulak air mata ni tengok anak-anak berlari nak jumpa papa mereka.. ” – Netizen
Setelah 5 Hari Tidak Pulang Ke Rumah Mencari Pekerjaan, Video Kepulangan Dato’ Red Bertemu Anak-Anak Di Rumah Undang Sebak Warganet. Part Semua Anak-Anak Tanya Dato’ Red Pergi Mana Tak Balik Rumah Tu Sedih Sangat, Semua Rindukan Papa Mereka !!
Kisah suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Dato’ Red sedang hangat di media sosial. Beberapa hari lalu, Dato’ Red membuat pengakuan kepada media yang dirinya telah diisytihar muflis dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Akui Dato’ Red, sekarang dia mencari kerja bagi menyediakan persiapan hari raya yang bakal menjelang tiba untuk semua anak-anaknya.
Tidak lama selepas itu, siapa sangka Dato’ Red berjaya mendapat beberapa pekerjaan dan perkongsian tersebut dikongsikan sendiri oleh Dato’ Red di akaun TikToknya. Antara kerja yang dilakukan oleh Dato’ Red adalah mempromosi pakaian baju Melayu dan menghantar makanan seju beku jenama terkenal.

Klik gambar untuk info..
Terbaru, setelah 5 hari tidak pulang ke rumah untuk mencari kerja, Dato’ Red berkongsi satu video yang memaparkan dia telah pulang ke rumah untuk bertemu anak-anaknya. Dato’ Red berkata, pertemuan itu membuat hatinya berdebar kerana dia berjaya membawa pulang satu kejayaan untuk dikongsikan kepada anak-anak.

Menerusi video itu, setelah Dato’ Red membunyikan beberapa kali hon kereta, kelihatan anak-anak Dato’ Red keluar dari rumah dan masing-masing berlari ke kereta Dato’ Red. Semua anak-anak Dato’ Red begitu teruja melihat papa mereka sudah pulang dan kedengaran mereka bertanya ke mana Dato’ Red pergi setelah tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu.
Tonton video di bawah ini :
@dato..red #anggrekasananggunayub #tungupapaesok #kameralagisatuanksulungrakam #datored #abgred
Perkongsian baru oleh Dato’ Red ini mengundang sebak warganet. Ramai yang mengatakan sedih melihat anak-anak Dato’ Red yang merindui papa mereka. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Meleleh laju pulak air mata ni tengok anak-anak berlari nak jumpa papa mereka.. Semoga urusan Dato mencari rezeki dipermudahkan.. “
” Alhamdulillah, semoga kebahagiaan bertambah hari demi hari.. Terinspirasi diri tgk video ni utk berusaha lg utk family tersayang.. “
” Move on Dato..Tak tahan tggok anak2 mata masuk habuk weeeeiiiiii.. Jatuh air mata jantan saya.. Allahuuu, semoga segalanya baik2 sahaja selepas ini.. “
” Alhamdulillah terbaik Dato Red, wanita boleh ngis bila lelaki turunkan ego begini… Ini yang dinanti oleh seorg wnita, dicari dan dihargai.. “
” Kalau bab2 anak ya Allah sedihnyaaaaa.. Semoga berbahagia & yg baik2 utk Dato Red sekeluarga.. Semoga korang semua kembali bersatu.. “
” Nangis bila ank2 tnye papa g mana.. Bila dato ckp papa work lah work.. Smge dato dmurahkn rezeki ya.. Betul lah kata Adira, Dato Red seorang ayah yang penyayang.. “
” Mengalir jugak air mata, pengorbanan seorang Ayah.. ALLAHUAKHBAR semoga dimurahkan rezeki Aminnn… Kita sebagai manusia sentiasa bersyukur.. “
Luluh hati mendengar pertanyaan anak-anak Dato’ Red. Di ruangan kapsyen, Dato’ Red mengatakan yang esok dia akan bertemu anak-anak Adira pula dan kamera yang merakamkan suasana ketika bertemu anak-anak itu dipegang oleh anak sulungnya. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan semoga segala urusan Dato’ Red serta keluarga akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dato..red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen


