Artis / Selebriti
” Wei salah server ke ni. Mamu versi darkweb, cepat tumbuh bulu bang, haha.. ” – Netizen

Video Parodi Shuib Sepahtu Bersama Zahiril Adzim Buat Warganet Terhibur. Eh Eh Nampak Sama Macam Sharnaaz Ahmad, Tapi Bukan Dia. Lain Terus Muka Shuib. Lawak Weh, Haha !!
Menerusi akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib membuat parodi untuk satu iklan baju melayu. Berbeza kali ini, Shuib bukan seperti Shuib yang selalu semua tengok. Tampil dengan imej berjambang lebat, video ini menggeletek hati warganet.
Kapsyen Shuib juga menyatakan nampak sama tetapi bukan dia. Bagi yang mengikuti Sharnaaz Ahmad, pasti kenal dengan iklan raya yang dilakonkan oleh Sharnaaz sebelum ini. Warna baju yang sama, kereta yang sama, jalan cerita pun sama, sudah seperti melihat Sharnaaz versi rendah pula apabila melihat Shuib.

Klik gambar untuk info..
Memetik komen warganet, lain pula melihat Shuib berjambang seperti ini. Sekilas pandang, ingatkan Sharnaaz tetapi rupa-rupanya Shuib lah. Memang ditiru habis-habis lakonan Sharnaaz dan Beto. Watak Beto pula dilakonkan semula oleh kawan baiknya sendiri, Zahiril Adzim.
Berdekah ketawa masing-masing melihat aksi Shuib dan Zahiril, klon Sharnaaz dan Beto kuasa dua katanya. Masing-masing jenis masuk air, memang lawak lah. Kalau Shuib balik rumah dengan rupa ni, mahu kena hambat dengan Watie, lain betul rupanya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Shuib ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku still tengah process dari semalam ni. Aku shoot dengan siapa ehh semalam haha.. ” – Zahiril Adzim
” Mcm pernah tngok video ni, ni bukan video sharnaaz tu ke? Hahaha Salah mamu ni boby haha, mamu versi darkweb haha. Terlalu padu ni Ib.. ”
” Wak jan transform tros berjambang.. Eh. Salah ig ke ape ni… tp nmpak sharnaz…. skrng nampak suib… ke Mata aku yg rabun.. ”
” Haha mantap abang shuib.. Tertunggu part KJ.. Hahaha kot ade KJ dark web gak hahhahahaha.. ”
” Lain Dol, pernah nampak sangat ni tapi jawapan tu malas nak lepas lagi haha.. ni balik umh rupa ni mau kena ketuk dengan WAtie ib haha.. ”
” Haha tolo laa.. dalam keto aku kelih jebeng ingat Sharnaaz, apoo shuib haha.. geram pulak tgk shuib hahaha.. ”
” Cepat tumbuh bulu bang haha, kenapa muka ko macam mcgregor haha.. Nampak sama tapi bukan dia.. wei salah server ke ni haha.. ”
” Lain giler muka kau bang shuib bila ada jambang.. ini baru Marem.. Sharnaaz rendah haha.. ”
Shuib kalau bab parodi memang serah kepada dia, semua akan jadi lawak apabila kena sentuhan Shuib ni. Boleh tersedak tengok Sharnaaz versi rendah macam ni. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin