Connect with us

Artis / Selebriti

” Terkekek kekek aku gelak kak oii. Faster than Flash confirmed, haha.. ” – Netizen

Video Norreen Iman Curi-Curi Shopping Ketika Berjalan Bersama Suaminya, Razzi Razak Buat Warganet Terhibur. Amboi, Berdesup Norreen Buat Kerja Yer. Blur Terus Razzi, Haha !!

Setiap kali Norreen Iman berkongsikan video, pastinya ia akan mendapat jumlah likes yang tinggi daripada warganet. Apatah lagi sekarang setelah Norreen berhijrah dan berubah penampilannya menjadi lebih muslimah dan menutup aurat, semakin bertambah followers Norreen di akaun media sosial.

Jika sebelum ini Norreen membuat iklan baju raya yang mencuit hati bersama suami dan mak, kali ini Norreen buat hal lagi. Meninjau akaun Instagram Norreen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norreen sedang berjalan bersama Razzi di kaki lima sebuah bangunan kedai.

Klik gambar untuk info..

Tajuk POV Bila Isteri Buat Kerja Lagi Cepat, video ini menghiburkan hati warganet. Laju sungguh Norreen berlari masuk ke butik tudung dan menyambar tudung-tudung yang disukainya. Bukan setakat sambar tudung, Norreen sempat try memakai beberapa helai tudung.

Begitu tersirat maksud lakonan spontan Norreen ini. Isteri memang segalanya laju daripada si suami lebih-lebih lagi bab shopping. Razzi pula dengan muka yang ‘blur’ itu lagi membuatkan warganet terhibur melihatnya. Suami isteri ini memang sepadan, dua-dua ‘masuk air’.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 58 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ya tohannnnnnnnn sumpah cool masyaallah hahahahaahhaha.. sakitlah perutttt.. ramai orang kata dia mmg laju.. ”

” Suka tgk norreen143 ni lawak betul.. Mesej sampai. 1. Tudung tu cepar dan mudah digayakan. 2. Laki memang camtu dia tak akan perasan apa pun unless ko bagitau.. ”

” Dah hijrah pun Originality lawak tu tetap sebati. klau dh lawak memng x le buat apa hihi.. Lebbiuuuu sistur .. ”

” Ya Allah Ngam seller butik tu.. Pndai jugak brlakon.. Faster than Flash confirmed.. Tak pernah lagi org promote tudung sampai berlari-lari. Saya terhibur.. ”

” Cepat betul hahahahahah aduii muka laki akak tu betul betul teruja ke terkejut.. muka tu tetap lawak.. haha walaupun promote tak bercakap tp sampai.. ”

” dgn kita2 yg menengoknya sekali terkejut.. boleh siap try2 tudung tu.. suami naik confuse dibuatnya.. rasa mcm tadi pakai tudung hitam.. tukar dah color lain.. bertabahlah encik suami Noreen.. ”

” Paduuu kak.. Tak menang anugerah tak tahu laaa… terkekek kekek aku gelak kak oii.. razzi pun muka memang sma-sama masuk air eh..”

” Sapa tgk ulang2 mcm sy. Cool gila noreen. Lajuuu mcm sampan. Suami pun pandai buat terkejut.. ”

Klik gambar untuk info..

Tak pernah mengecewakan video-video yang Norreen kongsikan. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati ramai. Walaupun sekadar lakonan, namun kita boleh relate dengan kehidupan seharian. Semoga Norreen terus ceria dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti hujan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norreen143

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT