Connect with us

Artis / Selebriti

” Tengok video ni teringat Shuib sidai baju kat pokok bunga masa dengan arwah dulu.. ” – Netizen

Video Terbaru Shuib Sepahtu Mengusik Isterinya, Watie Hanifiah Ketika Menyidai Baju Raih Perhatian Ramai. Kelakar Betul Pasangan Suami Isteri Ni. Elok Lah Seorang Suka Menyakat, Seorang Lagi Mudah Terhibur. Masing-Masing ‘ Masuk Air ‘ !!

Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, perkongsian video terbaru Watie bersama Shuib Sepahtu telah membuatkan ramai terhibur. Seperti selalu, pasangan ini sememangnya sangat serasi bersama apabila berkongsi video di media sosial.

Ada sahaja perkara yang menghiburkan oleh Shuib dan juga Watie. Kali ini Shuib mengusik Watie ketika Shuib sedang menjemur kain. Shuib sememangnya gemar menyakat isterinya seperti sebelum ini ketika bersama arwah Siti Sarah.

Klik gambar untuk info..

Video ini juga turut mengingatkan peminat terhadap video Shuib ketika bersama arwah Siti Sarah dahulu. Ternyata Watie juga memiliki sifat seperti arwah yang mana Watie juga sangat mudah terhibur. Ada sahaja bunyi gelak tawa Watie.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sangat bagus apabila suami rajin membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Apa yang nak dimalukan apabila lelaki menjemur kain kan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan suami dan isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Dia ni mmg trbaik la, dri saman siti sarah smpai istri yg skrg dia jaga elok2… wati ni pun baik juga.. Seronok kan bila suami kita kelakar .. “

” Shuib ni mmg suka mnyakat.. watie pun suka melayan.. akak.. suka nengok korg ni happy je.. ank2 pun riang dgn kalian berdua.. “

” Semuga allah mmberkati kehidupan kalian hingga ke jannah..semuga watie sentiasa bahagia.. disamping suami n ank2.. syg watie dan shuib .. “

” Hampa yang bt lawak, makcik plak sengeh soqangΒ².. pastu makcik ulang lagi banyak kali.. apoooo… Kalau tak lawak tu bukan shuib lah kan .. “

” Tgk video ni. trngt Shuib sidai bju KT pokok bunga.. masa ngn arwah dulu..hehe. Hahaha..kelakar laa abg syuaib… Pasti kak wati hari2 full tawa ek.. “

” Tgk video ni ketawa sdri jd nya. Susah nk dpt suami mcm ni,sbb suami sy pon gini jgk.. Macam laki saya juga rajin tolong sidai baju.. “

” Asal aku rasa geram ja tgk baju shuib sidai tu dia tak kaleh n tak qibaih betoi2 .. terkejut kita tersepit jari pulak.. dua dua lawak.. “

Klik gambar untuk info..

Seronok melihat gelagat pasangan suami dan isteri ini. Shuib juga melayan Watie sama seperti ketika bersama arwah siterinya dahulu. Semoga jodoh Shuib dan Watie berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa bahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT