Connect with us

Artis / Selebriti

” Ni kalau tak tengok video, confirm fikir orang yang sama nyanyi. Mat Helang dengan Pak Helang.. ” – Netizen

Video Namie Dan Aepul Roza Berpadu Suara Cover Lagu Tiara Buat Ramai Terpukau. Weh Sampai Tak Tahu Mana Satu Aepul, Mana Satu Namie Ni, Sama Suara. Patut Lah Juri Pun Tertipu, Sebijik Sama !! 

Kehebatan Helang menyanyi dalam rancangan realiti The Masked Singer baru-baru ini mendapat pujian ramai. Ramai juga yang tidak dapat meneka Namie adalah orang di sebalik maskot Helang dan ramai yang meneka ianya adalah Aepul Roza.

Meninjau entry terbaru Namie di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Namie bersama Aepul membuat cover lagu bersama. Tulis Namie di kapsyennya, demi Tiara, Mat Helang datang mengadap Pak Helang dan nama Aepul di tag pada postingnya itu.

Mendengar gandingan suara Aepul dan Namie ini seperti mendengar nyanyian daripada orang yang sama. Suara dan lenggok memang kedengaran sama sehingga membuatkan warganet yang menonton video ini keliru mana satu suara Namie dan mana suara satu Aepul.

Padu sungguh suara Aepul dan Namie, memang layan lah mendengar lagu Tiara yang didendangkan oleh mereka. Mat Helang dan Pak Helang, sama-sama hebat dan ada tone suara yang sedap didengar. Tercapai juga hasrat warganet hendak melihat mereka menyanyi bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bila bergabung baru perasan beza suara seperti yg dikatakan pak helang. sikit2 dgr ada beza. Keluar lagu sama sama sedap nie.. ”

” Alhamdulillah kalini dia nyanyi full. risau amek den kalau ekau nyanyi dengan aepul di mix ekk.. ”

” Oh ni yg buat Aepul kena tuduh dgn fan fan nya .. beza suara Aepul dgn Namie, plus Aepul lebih rilex time nyanyi.. ”

” Tak leh nk beza mmg sedap dua2, suara sama.. sedapnya suara.. lyn btol hah dgrnya.. Perghhhh… Power la suara aepul.roza dan namiesmy da sam.. Tak tau mane satu Pak helang mane satu Mat helang.. ”

” Padu laaaa bru nmpk beza sure tu.. dua2 mantap buat album 1kli .. Aepul tarik steady muka rilex ja.. namie pun tak jaoh beza suara dia.. ”

” Ni kalau tak tgk video, confirm pk org yg sama nyanyi. Patutla juri tertipu sebiji suara.. Letoppsss terbako… namie dengan aepol.. ”

Sekali dengar memang tak ada beza suara Aepul dan Namie. . Hanya jika diteliti betul-betul baru dapat tangkap apa yang membezakan suara mereka berdua. Apa-apa pun, paduan suara yang power dan gempak. Kalau keluar single bersama ni, tentu menjadi siulan ramai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Namie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT