Artis / Selebriti
” Bella sampai tak bernafas ketawa, lawak gila. Sebijik Namie tiru YB Saddiq, haha.. ” – Komen Netizen
Video Namie meniru cara YB Syed Saddiq bercakap ketika persembahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 5 buat ramai terhibur. Lawak sungguh Namie, suara pun serupa macam suara YB. Berdekah Bella Astillah dan Paknil gelak, haha..
Pentas Muzikal Lawak Superstar musim 5 (MLS5) kini telah pun bermula. Bersiaran setiap hari Sabtu pada jam 9 malam, ianya menampilkan Dato’ AC Mizal sebagai host. Kerusi juri tetap pula diduduki oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Zonlawak dan Official Hlive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan salah satu kumpulan yang bertanding di MLS5 iaitu kumpulan NANAS. Kumpulan ini disertai oleh Achey Bocey, Namie dan Shashic.
Dengan beelatarbelakang gambar menara Eiffel, Achey, Namie dan Shachic bijak memancing penonton dan juri. Sangat mengikuti kisah cinta BASS ( Bella dan YB Syed Saddiq ), mereka memparodikan gaya YB Saddiq dan ianya membuatkan penonton yang hadir ketawa melihatnya.
Namie memang pandai mengajuk dan watak YB Saddiq versi pelat dan kelakar yang dibawakan oleh Namie menghiburkan ramai. Bella sendiri tidak berhenti ketawa melihat persembahan kumpulan NANAS ini. Bukan sahaja gaya bercakap, gaya YB Saddiq berpakaian juga ditiru oleh Namie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bella sampai tak bernafas ketawa, lawak gila haha.. Suara dia sama sia, sebijik dia tiru YB Saddiq haha.. “
” Part Namie keluar dengan seluar sukan, berdekah aku haha.. kalau yb saddiq tengok confirm dia pun gelak sakan ni sambil geleng-geleng kepada dia, haha.. “
” Dia punya idea mind blowing betul. Unexpected outfit Namie gitu.. Nanas best, terbahak2 aku ketawa, best2.. “
” Namie lawak betul.. aku yakin jika ada artis jemputan, mesti dorang akan jemput YB nanti. haha.. “
” Dah agak .. mesti ada yang berkaitan dgn yb dgn Bella.. adoi lawak gila, bella tepuk meja sampai bangun.. Yb tengok tak haha.. suara sebijik suara YB Syed Saddiq.. “
” KEna suara Namie macam YB Saddiq ni haha.. Aku dh kata namie strong sgt doh dlm pertandingan ni. Hahaha terbahak aku ketawa.. “
” Best dia punya lawak.. ketawa se org2 aku d buatnya. Boleh eh namie jadi syed saddiq.. seluar triathlon dia tu, nak terkencing aku ketawa.. “
Kelakae sungguh persembahan kumpulan NANAS, satu persembahan yang menghiburkan dan membuatkan semua berdekah ketawa. Bukan setakat Bella yang ketawa besar, confirm YB Saddiq juga akan ketawa melihat persembahan NANAS ini. Good job NANAS dan semoga terus menghiburkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adakah suami saya i macam pelik-pelik sikit atau pun memang macam tu lelaki ? ” – Erra Fazira

