Artis / Selebriti
” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
Video Namie menyakat YB Syed Saddiq dan Bella Astillah ketika persembahan final Muzikal Lawak Superstar buat warganet terhibur. Fuh soalan Namie, memang tak bertapis kali ni. Direct terus Namie tanya. Sampai merah muka YB, hehe..
Kumpulan NANAS yang dianggotai oleh Namie, Achey dan Shashic antara kumpulan yang sering mendapat pujian sepanjang di pentas Muzikal Lawak Superstar. Tampil dengan idea yang kreatif, Namie yang beberapa kali berlakon sebagai YB Syed Saddiq juga mengundang ketawa penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan beberapa akaun Tiktok, telah dikongsikan sedutan video semasa persembahan kumpulan NANAS di pentas final MLS. YB Saddiq yang turut hadir bersama ibunya sekali lagi menjadi bahan usikan Namie dan rakan-rakan.
Namie secara jujur bertanyakan satu soalan kepada YB Saddiq dan Bella, pertanyaannya itu membuatkan satu auditorium bersorak. Soalan yang berani daripada Namie untuk pasangan hangat BASS ini. Bukan hanya Bella, tetapi YB Saddiq juga tersipu-sipu malu dengan usikan oleh Namie itu.

Zizan pula menjadi penambah perisa apabila berdiri dan bertepuk tangan kepada Bella yang duduk di sebelahnya. Mama YB Saddiq juga tersenyum mendengar soalan Namie itu. Sudahlah diberi soalan cepu emas, isu YB Saddiq mengupas kulit udang juga ada disebut. Lagi bertambah blushing sweet couple ini dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
@scha…..a arrrrrrrrr veraninya namieee #syedsaddiq #bellaastillah #BASS #MLS maaf visual gelap
@cinemagicmy Sweet eh Bella & Syed Saddiq. Team BASS mana? #MuzikalLawakSuperstar #BellaAstillah #BASS #mls2025 #SyedSaddiq
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yb malu malu ke tu, haha.. mama pun senyum jer kan.. dah tak lama rasanya dorang berdua ni.. blushing teruk YB kena dengan Namie.. “
” BASS blushing teruk, kita pun ikut blushing berjemaah juga hahah… berani betul Namie ni.. mesti Namie dah buat research kalau tak mana dia tahu gosip gosip hangat ni. Namie mewakili kami semua.. “
” YB blushing teruk kali ni.. betul la tu kan kan kan, orang tua kata kalau malu tu betul hehe.. zizan punya reaction mewakili kami team BASS.. “
” Sempat Bella jeling kt yb d blkg.. yb blushing, mama pon senyum je.. tak lama lagi la tu. kalau ybss dgn bella kahwin bkn sikit nk tonton live… ramai yg tgh menanti ybss dan bella naik pelamin.. “
” Member blushing teruk MLM ni.. semua tu cerita cerita yang terkini yer pasal YB Bella.. apa pn kita doakn yg baik2 UTK mereka bdua… InshaAllah.. “
” Berpeluh dah YB tu kena tanya pasal kahwin haha.. i likeeeeee namie. statement kaw kaw sampai blushing yb. bagus namie tu lah YB. lambat sangat nak umum berita bahagia tu…. ni batoi2 berani kerana benar.. “
” Hahahaaha zizan siap bagi subtitles ye, dekat Dah Sgt ni.. Tak sabar.. bnyk Kali aku ulang tengok. xpasal2 aku pulak yg blushing tengah2 mlm ni.. “
Riuh auditorium dengan soalan cepu emas dan jenaka Namie untuk YB Saddiq dan Bella itu. Namie seperti mewakili semua peminat BASS, sampai tersipu malu YB Saddiq. Apa-apa pun, tahniah NANAS kerana merangkul juara pada musim ini . Untuk Bella dan YB Saddiq, semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin. Ramai yang tak sabar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Scha…a, Tiktok Cinemagicmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen

