Artis / Selebriti
” Adoi lah Naqiu, kelakar lah joget tu. Namie tu kalau tak tarik, masih di situ lah nampaknya, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Nabil Ahmad, Naqiu, Namie dan Usop menari ketika opening The Chosen One Xtra pada minggu ini buat ramai terhibur. Lawak betul cara masing-masing menari, huru hara betul. Semua buat hal, lebih-lebih lagi Naqiu, haha..
The Chosen One Xtra kembali lagi menghiasi kaca TV dan musim ini ianya bukan sekadar pentas untuk menunjukkan bakat nyanyian tetapi juga peserta perlu memperlihatkan bakat untuk menari, bermain violin, instrumen muzik, akrobatik dan seni mempertahankan diri.
Antara artis tanah air yang menjadi coach ialah Namie, Naqiu dan Usop. Sebagaimana minggu lalu, persembahan pembukaan minggu ini disempurnakan dengan tarian khas daripada Namie, Naqiu dan Usop. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Ceria, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan di sebalik opening The Chosen One XTRA semalam.
Nabil bersama Namie, Naqiu dan Usop berjoget dengan gaya bebas. Naqiu paling menyerlah dan sangat enjoy menari walaupun wajahnya kelihatan malu-malu dan menahan ketawanya di atas pentas. Kelakar apabila 3 coaches ini bergabung dan joget seperti Pak Maun. Terhibur dan bersorak penonton melihat persembahan tersebut.

Dapat dilihat Namie ditarik oleh Naqiu kerana ingin cepat keluar dari pentas. Masing-masing menahan ketawa, namun cuba menunjukkan bakat menari mereka itu. Riuh rendah dan huru hara Naqiu, Namie dan Usop hendak menghabiskan tugasan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 900 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Naqiu malu malu tapi dia yang gelek paling sakan hahaha.. Bila Naqiu buat hal, mengekek aku ketawa.. “
” Allahuakbar ruginya aku x leh tengok.. Keja.. ada ulangannya dak.. Namie tu kalau tak tarik, masih di situ la nampaknya haha.. “
” Naqiuuu hahaha.. kenapa yang kelakar sangat atas tu.. aku tengok naqiu punya joget tu tak boleh tahan nak ketawa.. “
” Adoi lah Naqiu haha.. kelakar lah joget tu.. usopp pun haru budak ni.. usop memang padu lah.. ok ke tak naqiu tu haha.. “
Coach pun masuk air semuanya dan telatah mereka itu menghiburkan penonton yang hadir dan juga di rumah. Gabungan Naqiu, Namie dan Usop bersama tarian mereka itu menggegarkan pentas. Ditambah pula dengan adanya Nabil, semakin gamat suasana.

Apa-apa pun, ketiga-tiga coach ini cuba memberikan yang terbaik setiap minggu. Sengit persaingan antara peserta-peserta di bawah didikan Naqiu, Namie dan Usop ini. Semoga mereka bertiga dapat mencurahkan ilmu kepada anak didik masing-masing dan beroleh kejayaan hingga ke peringkat akhir nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Ceria, Tiktok Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

