Artis / Selebriti
” First time aku ulang tengok content kali ni. Tenang dengar Namie mengaji.. ” – Netizen

Video Tebuk Ngaji Qawiy Aro Bersama Namie Buat Ramai Kagum. Subhanallah Merdu Sungguh Suara Namie Mengaji, Mendayu-Dayu. Siap Ikut Irama Jiharkah Lagi, Qawiy Pun Terpegun Dengar. Bukan Menyanyi Je Sedap, Mengaji Pun Sedap !!
Siapa sahaja yang tidak berdebar jantungnya apabila diterjah oleh content creator bernama Qawiy Aro. Qawiy telah pun membuat banyak video ‘Tebuk Ngaji ‘ bersama beberapa orang selebriti dalam negara dan antara influencer yang ramai pengikutnya di laman sosial.
Meninjau akaun Instagram Qawiy Aro, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Qawiy menerjah pelawak, penyanyi dan penyampai radio yang sedang meningkat naik, Namie. Namie kelihatan begitu cuak ketika Qawiy menghampirinya. Kata Namie dia sudah tahu apakah contentnya.
Surah pilihan Qawiy untuk Namie adalah surah Al-Waqiah. Walaupun Namie cuak, namun bacaannya cukup bagus dari segi tajwid dan makhrajnya. Bukan setakat itu sahaja, berlagu-lagu bacaan Namie. Sejuk hati mendengar suara merdu Namie itu.
Walaupun Namie suka melawak, tetapi di sebaliknya ini lah sisi lain Namie yang orang tidak tahu. Beruntung anak dan isteri Namie ada suami dan ayah yang pandai mengaji seperti ini. Contoh selebriti yang cemerlang dan boleh menjadi ikutan kepada warganet. Berhibur berhibur juga, Al-Quran tetap di hati, gituu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Qawiy ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bukan shj alunan yg sedap, tp tajwid dan makhraj huruf yg tepat pada tempatnya. Mantul.. mantap .. tajwid cantik .. sy paling syahdu bila org mengaji boleh beza sebut ‘alif beza ngn ain’ , ‘ha bulat beza dgn ha pedas’ .. ”
” Masya Allah tinggalkan je mic kat Namie terus. dua dua ni power . boleh buat program Ramadhan Quranic recitation together. Muka namiey nervous giler awal2 tu hihi, tapi bacaan dia power seyyy.. ”
” MashaAllah sedapnyaaa bacaannya. bestnya kalau dapat husband yg pandai ngaji tenang jiwa hari-hari.. ”
” First time aku ulang tengok content kali nie.. Sbb sedap giler namie baca. Ulang2 tgk. Mendayu2 Namiey ngaji.. ”
” Panjangkan lg content ngaji ngn namie ni gini… dgr dia bca tetiba teringat hari raya.. Satu² nye content yg xkn ku skip.. ”
” MasyaaAllah.. tenang dengar namiesmy ngajiii.. mohon buat bacaan al-quran dkt mne² platform.. tk puas dengar.. ”
” Dalam banyak2 video tebuk ngaji qawiy ttak taw kenapa video ni aku tengok aku menangis sebab namiesmy mu baca aus terus menangis woiii sedap mu baca bro.. ”
MasyaAllah sedap sungguh alunan suara Namie tu sehinggakan Qawiy pun begitu asyik mendengarnya. Kalau yang profesional mengaji seperti Qawiy pun terkesima, apatah lagi orang-orang biasa ini. Semoga dapat lagi mendengar Namie mengaji di platform lain selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin