Artis / Selebriti
” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah mendedahkan muka anak mereka, Akira Juwita Zahra buat pertama kalinya kepada umum ketika di Majlis Akikah Akira raih perhatian ramai. Finally dapat tengok muka Akira. Comel sungguh, ada iras muka Abang Ayash lah..
Umum mengetahui pada bulan lalu isteri kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka bersama. Perkongsian berita gembira tersebut mendapat perhatian ramai dan turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada warganet.
Watie telah melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama indah, Akira Juwita Zahra. Kehadiran si kecil itu menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga Shuib dan Watie selepas penantian yang dinanti-nantikan oleh keluarga dan juga peminat-peminat.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Shuib dan Watie mengadakan majlis akikah buat anak kesayangan mereka itu. Majlis tersebut dilihat berlangsung dalam suasana meriah dan penuh dengan rasa syukur.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan juga ahli keluarga Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Kehadiran mereka mencuri perhatian ramai yang tersentuh melihat hubungan kekeluargaan yang masih erat dan harmoni sehingga ke hari ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. Alhamdulillah tahniah Watie dan Shuib atas kelahiran Akira.. “
” Suka tengok keluarga bahagia ni.. Syukur dan tahniah kepada Shuib dan isteri.. Semoga anak ini menjadi anak yang solehah.. “
” Macam muka Ayash betul, versi girl lah.. Hehehe.. Geram betul tengok, comel sangat.. Moga Akita Juwita sihat hendaknya dan membesar sebagai anak yang solehah.. “
” Besarnya majlis, dah macam majlis kahwin.. Alhamdulillah, tahniah Watie.. Jelas nampak betapa gembiranya Watie.. “
” Yeayyyy dapat tengok muka baby.. Comelnya Akira Juwita.. Putih gebu, pipi tu dah macam pau.. Tahniah Shuib dan Watie.. “
” Semoga Juwita menjadi anak yang baik, mendirikan solat dan berjaya.. Alhamdulillah Juwita comel betul.. “
” Suka tengok ayah arwah Siti Sarah.. Bapa mertua yang baik.. Bahagia tengok.. Moga kekal sampai ke Jannah.. “
Dalam pada itu, warganet turut meninggalkan pelbagai komen positif selepas melihat wajah Akira. Ada yang mengatakan wajah si comel itu saling tidak tumpah seperti Ayyash, anak bongsu Shuib bersama arwah Siti Sarah. Malah, ramai juga yang memuji keakraban Shuib bersama Raissuddin Hamzah yang dilihat begitu mesra seperti hubungan antara anak dan ayah kandung sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti1 day ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

