Artis / Selebriti
” Betul-betul, kuat merajuk ni. Dia kuat merajuk, muncung tak nak pandang.. ” – Erra Fazira
Video Erra Fazira mendedahkan perangai Ezwan Zain yang suka merajuk buat warganet terhibur. Lawak betul lah Erra ni, boleh pulak Erra tiru gaya Ezwan merajuk. Mati kutu Mr. E kena usik kaw-kaw, haha..
Podcast Kasi Onz Channel yang dipengacarakan oleh Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain antara podcast santai yang disukai ramai warganet. Banyak perbincangan yang berlangsung menerusi podcast ini merujuk kepada realiti kehidupan dan banyak pengisian ilmu yang berguna.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Memori7647, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan episod 23 yang mana Elizad tampil sebagai tetamu jemputannya. Erra dan Elizad sememangnya akrab dan selalu melakukan aktiviti bersama-sama.
Menerusi video ini, Elizad bercerita perihal suaminya yang bersikap tenang. Erra pula mendedahkan Ezwan seorang yang suka bercakap. Dek kerana sifat Ezwan itu membuatkan Erra perlu menjadi pendengar kepada semua cerita suaminya itu.

Erra turut mendedahkan rahsia Ezwan yang suka merajuk ketika di rumah. Elizad ketawa melihat Erra bercerita tentang situasi di rumah apabila Ezwan merajuk. Telatah Erra meniru gaya merajuk Ezwan itu mengundang ketawa warganet.
Jom tonton video di bawah :
@memori7647 #podcast #errafazira #ezwanzain #sitielizad #fyppppppppppppppppppppppp
@memori7647 #podcast #errafazira #ezwanzain #sitielizad #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahaha , Mr e macam saya , sy dah ada keputusan jadi sy akan pusing2 supaya suami terima haha.. “
” Dua-dua lucu. kelakar tengok gaya Erra mengajuk mr e merajuk tu. manja sangat mr e ni rupanya hehe.. “
” Erra sama macam kita lah. jenis kalau cakap kena direct terus, tak reti nak bunga bunga ni. direct to the point je.. “
” Seronok elizad jadi jemputan.. Sangat telus bila berbincang bab-bab rumah tangga.. Tak fake. seronok dengan eposid kali ni..sangat terhibur.. “
” Hahaha..kelakar la bila erra pecah rahsia yg si suami suka merajuk.. Sis mdoakan Semoga kedua2 wanita yg sis suka n minat ni perkahwinan nya akan kekal hingga ke jannah aamiin.. “
” i kennot laaa 3 ketui ni dah bergabung. Asyik gelakkkkk je haha. Series ni first time nampk mr e mati akal hahahaha berbanding dengan episod lain…x terlawan mat..lucu gile..yang iya nya bang kita redho je la.. “
” Bagusnye kak erra & mr E, walaupun masing2 ada cara tersendiri dlm komunikasi, korang still cuba utk meet the titik pertemuan agar the communication become more better.. “
Kelakar sungguh melihat Erra menyakat suami tercintanya itu. Ezwan pun tidak dapat menahan ketawanya melihat si isteri mengajuk gayanya merajuk. Apa-apa pun, Erra dan Ezwan ada caranya untuk sentiasa memastikan komunikasi antara mereka menjadi semakin baik dari hari ke hari.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok memori7647, Youtube Channel Kasi Onz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri

