Artis / Selebriti
” Ni dahsyat level tebuk ni. Wife dia tak lepas dari pegang tangan tu.. ” – Komen Netizen
Video Qawiy Aro kena tebuk ngaji oleh sahabatnya ketika majlis resepsinya curi perhatian ramai. Sebelum ini pernah tebuk ngaji adik ipar atas pelamin kan. Baru Qawiy rasa seram sejuk kena tebuk ngaji atas pelamin, hehe..
Pempengaruh, Qawiy Aro diketahui umum telah pun bergelar suami kepada seorang gadis keturunan Kurdish bernama Ria Farouk. Pernikahan mereka berlangsung di London pada bulan Mei yang lalu dan majlis resepsi di Malaysia telah pun dijalankan beberapa hari yang lepaa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Qawiyaro, telah pun dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika seorang sahabat Qawiy membuat kejutan untuk Qawiy. Pasangan pengantin ini sedang berdiri di pelamin mereka dengan wajah yang gembira.
Qawiy seakan-akan sudah mengetahui tujuan sahabatnya itu naik ke atas pelamin. Jika sebelum ini, Qawiy yang tebuk ngaji adik iparnya di atas pelamin, kali ini giliran Qawiy pula merasai debaran itu. Tulis Qawiy di ruangan kapsyen mengatakan begitu rupa-rupanya perasaan kena tebuk ngaji.

Bacaan Qawiy tidak pernah mengecewakan dan alunan suaranya sungguh merdu. Ria yang berdiri di sebelah Qawiy tidak melepaskan genggaman tangannya. Sahabat Qawiy ini turut menyampaikan ucapan tahniah dari team AQ untuk Qawiy dan Ria.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Korang ada tak kena tebuk mengaji al quran sambil pegang isteri/suami tersayang? Takde kan? Ha jom lipat bumi bertolak siap-siap ke marikh. Gerakluuuu.. “
” Pada masa yg sama , qawiy dpt sumber kekuatan dari isteri dia jgk sbb tengok dia tak lepas tangan wife dia.. “
” The way ur wife looked at you and smiled… masya allah.. Mesti isteri dia proud gila-gila , nmpak happy ja dia.. “
” Ni dahsyat level tebuk ni.. wife dia tk lps dri pgg tgn tu , msti cair dgr suara suami dia kt tepi tuu.. nampak wajah bangga isteri dia… tahniah qowiy dan wife.. “
” Steady qawiyaro, isteri di sebelah masih mantap.. kalau saya dah gagap dah, bukan tak ingat.. atas pelamin sendiri kena tebuk, menyala lah Qawiy.. “
” Sedapnya suara Qawiy mengaji.. terharu pak mertua ada menantu macam qawiy ni.. biar dia rasa selalu dia yang tebuk orang haha.. “
” Terkesima dengar Qawiy baca.. comel je wife dia tengok qawiy.. Bestnya kalau dapat husband pandai mengaji macam ni.. haritu qawiy tebuk adik dia masa kenduri, kalini qawiy kena tebuk dekat kenduri dia sendiri.. “
Bacaan yang merdu dan menenangkan hati, bangga Ria ada suami seperti Qawiy. Moment manis untuk Qawiy akhirnya dirinya sendiri ditebuk di atas pelamin. Semoga perkahwinan Qawiy dan Ria sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa ni pedih, mata masuk habuk. So touching, sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen

