Artis / Selebriti
” Saya rasa muka saya dah biru dah ni, jangan cari saya lagi eh.. ” – Zara Zya
Video Zara Zya kena tebuk ngaji dengan Qawiy Aro raih pujian ramai. Nampak nervous betul Zara, suara pun terketar-ketar. Tapi bacaan Zara bagus lah..
Bagi yang mengenali Qawiy Aro atau nama sebenarnya, Abdul Qawiy Abd Rashit pasti mengetahui yang Qawiy sering berkongsi video tebuk ngaji bersama selebriti. Antara selebriti yang pernah kena tebuk ngaji oleh Qawiy adalah Shukri Yahaya, Namie, Izzue Islam dan ramai lagi.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Qawiy sendiri, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Qawiy cuba untuk tebuk ngaji pelakon Zara Zya pula kali ini. Difahamkan pertemuan mereka itu ketika satu program di Astro. Menerusi video itu, kelihatan Zara sedikit gementar ketika bertemu Qawiy.
Akui Zara, dia pada awalnya sudah melarikan diri dan berharap tidak akan kena tebuk ngaji dengan Qawiy. Namun begitu, akhirnya Zara terkena juga. Kedengaran Qawiy membaca surah Al-Fatihah dan meminta Zara menyambung pada ayat kedua surah Al-Fatihah.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan mereka juga turut merasa gementar jika bertemu dengan Qawiy. Pada akhir video, Qawiy memuji bacaan Zara dan memberikan markah 8/10 kepada Zara. Sehingga kini, video Zara mengaji menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah… Bacaan yg baik, penampilan yg sangat manisss dipandang.. Kalau aku mahu lari terus nampak si Qawiy ni, hehe.. “
” Alhamdulillah surah ini smua org kdang ambil mudah tp perlu tau bacaan yg betul dan tepat… Terbaiklah ini yg kita nak.. “
“Surah alfatihah nmpk simple je kn… Tp sbnrnye tak smudh itu.. Surah yg paling pnting dlm solat.. Salah tjwid, sbutan dan mkhraj dia, habis satu solat.. “
” Kalau aku pn bkn takat muka biru… Risau hilang semua ayat hafalan haha.. Surah yang senang pun boleh jadi susah terus agaknya, haha.. “
” Alhamdulillah, merdunya suara Zara.. Kita pulak bacaan dah betul tapi suara tak merdu pun, ni kalo masuk pertandingan confirm kalah.. “
” Alhamdulillah sedap dengar Zara mngaji.. Makhraj tajwid sdap. Alhamdulillah.. Tak pe pelan2 belajar.. 8/10 tu tinggi juga tu..”
” Zara zya punya nervous tu mcm qawiy tu nak mkn dia la kan.. Tapi sejujurnya kalau aku artis pon aku akan lari sorok kat tandas bila nampak qawiy.. “
Walaupun agak gementar, namun bacaan Zara sememangnya sedap didengar dan mendapat pujian daripada orang ramai. Apa-apa pun, terbaik lah program Qawiy ini kerana membuat yang menonton turut sama mengikut membaca surah yang dibaca dan dalam masa yang sama mendapat ganjaran pahala.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti1 day ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


