Artis / Selebriti
” Dia bayi pramatang, semasa lahir dia tak bernafas selama 8 saat.. ” – Shuib Sepahtu
Perkongsian Shuib Sepahtu sempena hari kelahiran anak bongsunya, Ayash Affan yang ke 4 tahun buat ramai tersentuh. Ayash memang anak yang kuat, sama macam arwah ibunya, Siti Sarah. Gambar yang terakhir tu sebak sangat tengok..
Hari ini tanggal 6 Ogos genap lah usia anak bongsu peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin, Ayash Affan yang ke 4 tahun. Sekejap masa berlalu, banyak memori yang telah pun diciptakan oleh anak kecil ini sejak dilahirkan sehingga lah sekarang. Memori kehidupan yang penuh dengan tawa dan tangisan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan beberapa keping gambar Ayash dari detik Ayash lahir dan ditempatkan di NICU sehingga lah Ayash besar. Gambar ini belum pernah Shuib kongsikan kepada umum sebelum ini.
Tulis Shuib, ketika Ayash lahir, satu keajaiban telah berlaku kepada Ayash. Malaikat kecil ini sama-sama berjuang bersama ibunya untuk melihat dunia. Tetapi apakan daya, takdir sudah tersurat Sarah pergi meninggalkan Ayash tanpa sempat Ayash mengenal dan merasai sentuhan seorang ibu.

Melihat perkembangan Ayash, hati warganet turut merasa bahagia. Shuib ayah yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap anak-anaknya. Lebih penting, Shuib mengotakan janjinya kepada Sarah untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik dan penuh kasih sayang.
Jom baca perkongsian di bawah :

Antara gambar lain yang turut dikongsikan oleh Shuib :



Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Perjalanan penuh suka, duka dan cinta. Istimewa anak ini.. Happy Birthday anak comel soleh and loved Ayash. Alhamdulillah … Al Fatihah bagi Arwah mummy.. “
” Gambar akhir paling sedih… tapi kuasa Allah, lahirnya anak dari ibu yg syahid.. happy birthday Ayash.. “
” Kisah Ayyash dan Sarah, sy ingat lagi mse tu collegue sy yg chinese pun nangis sama sbb sedih sgt2 walaupun tak kenal sgt. Happy birthday Ayyash dan Al-fatihah buat Siti Sarah.. “
” Tanpa sedar air mata bergenang dan menitis. Selamat hari lahir adik Ayyash Affan.. moga Allah mempermudahkan segala urusan sokmo2, memberi kesihatan yg baik, panjang umur, murah rezeki.. “
” Ya Allah yang last tu.. Macam arwah ada ada gmbr last.. Ibu , anak u dijaga dgn sgt baik oleh mommy Watie.. “
” Shuib ni suami yg baik.. yg sentiasa muliakan isterinya.. sebabtu wati pun sifat nya saling tak tumpah macam arwah sarah.. semua atas layanan dan didikan dr seorang suami yg baik.. Bukan cuma suami, tapi seorang ayah yg baik.. “
” Alfatihah buat sitisarahraissuddin . Seorang ibu sanggup tukar nyawa dengan anak . Bahagia dah ibu kat sana . Happy birthday ayash.. “
Kisah hidup Ayash yang penuh dengan suka dan dukanya. Ayash kehilangan seorang ibu, namun Allah gantikan dengan kehadiran mummy yang cukup menyempurnakan hidup Ayash. Selamat hari lahir Ayash Affan, semoga Ayash menjadi anak yang soleh dan selalu mendoakan ibu di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi

