Connect with us

Artis / Selebriti

” Lagu ni memang makanan Amir. Ramai yang menangis lah Amir.. ” – Netizen

Video Nyanyian Live Amir Sisi Di Majlis Hello, Friends! Home Of Kids Buat Ramai Tersentuh. Suara Lunak Amir Sampai Ke Hati Dan Meruntun Jiwa. Rakaman Dengan Live Sama Je Suara, Padu Dua-Dua !!

Sebagaimana yang dijanjikan, pemenang The Chosen One 2023 iaitu Amir Sisi telah pun keluar dengan single barunya di bawah Rocketfuel Entertainment. Ayah Ibuku, single yang dibuat khas untuk Amir dan ianya dikatakan menepati tone suara dan kemerduan suara Amir.

Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Rocketfuel Entertainment, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir membuat persembahan di majlis Hello, Friends! home Of Kids di LalaPort. Amir seperti biasa santai dan bersahaja sahaja wajahnya ketika berada di atas pentas.

Klik gambar untuk info..

Buka sahaja mulut, suara Amir yang gemersik menarik perhatian semua. Lunak merdu, sama sahaja dengan suara dalam rakaman lagu Ayah Ibuku itu. Malah komen warganet, suara asli Amir iaitu suara ketika menyanyi live begini lagi kedengaran sedap dan lebih menyentuh hati.

Seronok hati warganet melihat kejayaan Amir hari ini. Ada single sendiri dan Amir pula menyanyikannya dengan cukup baik dan sempurna, persembahan yang hebat daripada Amir. Dari rimba ke pentas hiburan, Amir membuktikan Amir mampu pergi lebih jauh lagi asalkan ada usaha.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@rocketfuelent

Sebaklah @amirsisi_unuk.official nyanyi lagu Ayah Ibu di Hello, Friends! home Of Kids di LalaPort hari inj. Korang sempat lagi tau nak datang kejap lagi @amirunukofficial bersama @puteramuhammad_ & @hawarizwana #RFE

♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment

Ratusan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Tahniah Unuk, semoga terus berjaya. Alhamdulillah persembahan terbaik, Amir berbakat besar. terus melangkah dengan jaya Unuk.. ”

” Dengan sendirinya air mata ini mengalir.. tahniah adik Amir, lagu ni memang sesuai dengan Amir. suara amir tu paling tak tahan dengar.. ”

” Tahniah adik AMir, menitis air mata weh. Terasa rindu dekat arwah mak dan abah bila dengar Amir nyanyi lagu ni.. ”

” Lagu ni memang makanan Amir lah, lunak merdu gemersik, semua serba cukup. Buat ramai yang menangis lah Amir.. ”

” Sayunya dengar Amir menyanyi, terasa sedihnya tu. Dah lah kita hilang ayah ibu, anak yatim piatu sekarang.. ”

” Sayunya hati dengar.. sedap suara Amir, lagi sedap live dari rakaman. Single terbaru Amir.. semoga terus berjaya Amir ye.. ”

” Terbaik Amir. menitis airmata bila mendengar suara amir yang mendayu dayu tu. meremang bulu roma mendengarnya, memang menusuk ke hati. sedap suara emas Amir tu.. ”

” Menusuk ke sanubari serta sedapp sedih dan happy utk amir.. terbaik penghayatan Amir.. semoga berjaya dunia akhirat Amir.. ”

Mendengar suara Amir dan melihat ekpresi wajahnya lagi bertambah rasa sayu di hati. Pengorbanan ayah ibu memang tiada tandingannya. Semoga Amir sentiasa ingat pengorbanan Amek dan Apak serta membalas segala jasa kedua ibu bapanya itu. Semoga Amir terus maju jaya dan mencapai cita-citanya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Rocketfuel Intertainment

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT