Connect with us

Artis / Selebriti

” Wajahnya menyimpan 1000 kesedihan dalam hati.. ” – Netizen

Video Puteri Balqis Ashikin Menjawab Beberapa Soalan Mengenai Dirinya Buat Ramai Kagum. Kata-Kata Aqish Sangat Matang, Hidup Mengajar Aqish. Part Ciri-Ciri Lelaki Idaman Tu Deep Betul Jawapannya !!

Puteri Balqis Ashikin, satu nama yang cukup tersohor kerana bakat lakonannya yang hebat dan penuh penghayatan. Mesra dengan sapaan Aqish, comeback si cantik ini memeriahkan lagi drama Melayu tempatan dan lakonan terbarunya dalam Rampas Cintaku 2 juga meraih pujian ramai.

Meninjau akaun Tiktok Lovaa Cosmetics HQ, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Aqish menjawab soalan mengenai dirinya. 6 soalan diutarakan dan semuanya dijawab oleh Aqish dengan penuh yakin dan tersusun tutur katanya.

Klik gambar untuk info..

Ditanya mengenai ciri lelaki idaman, Aqish menjawab dalam tergelak dan mengatakan ‘ man ‘. Ringkas tetapi padat sekali jawapan Aqish, tidak semua lelaki boleh menjadi ‘man‘  yang Aqish maksudkan. Aqish juga ditanyakan mengenai watak lakonan yang digemarinya.

Aqish lebih memilih watak berat yang sarat dengan emosi berbanding watak yang ceria. Tidak hairanlah, lakonan Aqish semuanya menjadi kerana watak yang diberikan kena dengan jiwa Aqish. Memetik komen warganet, kehidupan Aqish banyak mempengaruhi dan memberikan lebih feel.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@lovaacosmetics.hq

Soalan tentang diri Aqish part 1#sakakeninglovaa #lovaacosmeticshq #puteribalqis #fyp #fypシ #xyzbca #masukberanda

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

@lovaacosmetics.hq

Soalan tentang diri Aqish part 2#sakakeninglovaa #puteribalqis #lovaacosmeticshq #fyp #fypシ #xyzbca #masukberanda

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 57 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bagus jawapan Aqish ni, matang lagi-lagi bab kahwin tu. rse mcm baru je semalam tengok cite upin ipin ngan aqish.. ”

” Wajhnya mnyimpn 1000 kkesedihan dlm hati, sebb tu dye pro dengn watak tertentu.. Dia berlakon dalam cerita rampas cintaku tu memang gempak gila.. ”

” Matang dia ni.. dari kecil dia berlakon, memang wataknya begitu..byk nangis, cite upin ipin pun gitu.. ”

” Aqish nilahh punca aku tengok mv anuar zain menangis aku sbab lakonan dia tersangat mantap dari dia kecik sampai ke dia skrg.. ”

” Watak dia dari dia budak memang semua sedih . melambangkan kehidupan dia yang sangat sedih. saya suka awak aqish , bijak.. ”

” Makin besar makin cantik. tgk muka dia prety with brain do. Matang dia ni, berntung spe dapat dia. aqish ni mmg nampak matang gile dari umur diaa.. ” 

” Dia senyum nmpk cantik sgt.. klau X senyum nmpk garang. sukalah jawapan aqish psl kawin tu, bende betul as teenager.. ”

Klik gambar untuk info..

Pada usia Aqish yang baru belasan tahun, jawapan Aqish menunjukkan kematangannya berfikir. Berbeza dengan remaja lain yang masih memikirkan keseronokan dan kebebasan. Apa-apa pun, semoga Puteri Balqis berjaya selalu dalam kerjaya dan menjadi bintang yang bersinar.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Lovaa Cosmetics HQ

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT