Artis / Selebriti
” Tak pernah nampak Humairah lepas rambut, comel betul.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak Nurul Shuhada, Humairah Dengan Gaya Rambutnya Yang Dilepas Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Dan Cantik Betul Kakak Humairah Ni !!
Nurul Shuhada merupakan bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi. Hasil perkahwinan mereka terdahulu telah dikurniakan sepasang cahayamata yang diberi nama Humairah dan Umar. Kedua-dua cahaya mata ini dijaga oleh Shu selepas mereka berpisah.
Terbaru di akaun Instagram, perkongsian gambar terbaru Humairah telah meraih perhatian ramai. Ini kerana kali pertama mereka melihat wajah Humairah tanpa rambutnya diikat. Cantik sungguh Humairah dengan style rambutnya paras bahu.
Kebanyakan gambar Humairah yang dikongsikan di media sosial memaparkan Humairah dengan rambutnya kemas diikat. Tidak kira sama ada pergi ke sekolah atau pun bercuti, rambut Humairah pastinya didandan dengan rapi oleh Shu.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji kecantikan Humairah yang seiras ibunya. Senyuman Humairah saling tak tumpah seperti Shu.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji wajah comel dan cantik Humairah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cantiknya kakak dengan rambut baru dia. Btw, happy birthday ibu .. Mini shuuu sgt ni, cantik nya diaa.. Bijak mcm ibu dia.. Fly high.. “
” Comelnya dia..copy mummy dia ni comel,cntik,bijak.. Auchhhhhh comel sangat ni tayanggg saya .. Mcm korean look gituuu.. “
” I tak kenal humairah tau td dalam class. Haha. Tak perasan dia shb nmpk lain.. masyallah beautifull girl.. Tkpernah nmpk humairah lps rambut.. comel.. “
” Lawa bah anaknyaa ni manis betul senyumannya.. Kan dah kata mcm ibu dia.. comelnya haircut baru.. comel anak dara Shu copy Shu sgt.. “
” Baju Humaira sama dengan langsir dekat umah acik laa Humairah kecik² dah cantik + comel.. Semoga membesar menjadi anak yg solehah … “
” Comel nya masyallah. Kena rambut dgn muka manis dia tu. Semoga membesar jadi anak yang selalu sejuk di mata semua orang. Amin.. “
” Wahh… Humairah dah potong rambut. Comelllllnyaa… Lama mak njang tak pernah nampak dia. So cutela dia lpas rmbut.. “
Cantik dan comel sungguh anak dara Shu ini apabila rambutnya tidak diikat. Humaira mewarisi wajah cantik ibu dan wajah kacak bapanya. Semoga Humairah membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shu Shukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen



