Artis / Selebriti
” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar wajah Thalita hasil solekan MUA Aqielah Misran buat ramai terpegun. Wah cantik sungguh Thalita, lain sangat dengan makeup sebelum-sebelum ni. Part hidung dan bibir tu memang lawa teruk..
Selepas menyertai rancangan Talk To My Manager musim pertama, anak kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra mula menjadi perhatian ramai. Mewarisi bakat seni daripada arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin, Thalita dilihat semakin menyerlah dalam bidang nyanyian dan turut memiliki kelompok peminatnya yang tersendiri.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik seorang jurusolek yang bernama Aqielah Misran, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan wajah Thalita hasil sentuhan makeup Aqielah sebelum Thalita menghadiri majlis Open House Terlajak Raya serta Majlis Akikah adiknya, Akira Juwita Zahra.
Penampilan Thalita yang tampil begitu manis dan anggun meraih perhatiaan ramai. Ramai yang memuji kecantikan semulajadi Thalita selain mengatakan solekan yang dikenakan sangat sesuai dengan usianya. Malah, ada yang berpendapat gaya solekan yang minimal dan natural itu berjaya menyerlahkan lagi seri wajah Thalita tanpa kelihatan berlebihan.

Selain itu, ada juga warganet yang mengatakan wajah Thalita semakin mirip dengan arwah ibunya, Siti Sarah. Senyuman dan raut wajahnya membuatkan ramai tersentuh dan terkenang kembali kepada penyanyi kesayangan ramai itu. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Thalita terus membesar menjadi anak yang baik serta berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” MasyaALLAH cantiknya thalita ni..Bibir dia LOve sangat.. Matang dah sangat dia.. Sesuai makeup ni ngan dia.. Smooth & natural je.. “
” Suka dgn mkap sis..tk try hard utk mncerahkn kulit clients dri warna kulit asal.. Nmpak natural n mkap lawo sgt.. “
” Cantiknyaaa dekta.. Senyuman tu mirip mommy Watie lah.. Kejap betul dah besar, makin cantik anak dara Shuib.. “
” Suka sangat slide 3 & 6.. Cantik sangattttttt..Perfecto.. Terpegun kita tengok Dekta tau.. MasyaAllahhhhh.. “
” Love her makeup and outfit.. Lain betul dr asal .. Tak kenal dh ..Thalita rupanya ye.. Cantik n take care dear.. “
” Ya Allah cantikkkkk sgt bidadari Shuib ni Thalita.. Suka tgok manis je sentiasa senyum, moga Thalita terus berjaya dunia akhirat aminnnnnnn.. “
” Manis manis makeup lurve..Hilang rindu kat arwah ibu Thalita. Dapat tgk Thalita.. Fly high Tata, cantikk macam ibu.. “
Sehingga kini, setiap perkongsian berkaitan keluarga Shuib sering mendapat perhatian ramai di media sosial. Kehadiran Thalita dalam dunia hiburan sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat terhadap arwah Siti Sarah. Ramai juga berharap agar Thalita terus mengembangkan bakat nyanyiannya dan berjaya mencipta nama seperti ibunya suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG makeupbyaqielahm, thalita_shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

