Artis / Selebriti
” Awak nak ke tengok saya pakai crop top ? ” – Cik B
Video respon Cik B apabila ada yang mempersoalkan penampilannya yang nampak seperti lelaki raih perhatian ramai. Ini respon tuan badan sendiri. Padu betul jawapan Cik B bagi tu..
Meninjau di akaun Instagram milik f8buzz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi temubual bersama anak perempuan usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida, Cik B. Temubual tersebut dilakukan selepas selesai rancangan mingguan Talk To My Manager 2 yang turut disertai oleh Cik B.
Menerusi video itu, Cik B tampil menjawab isu mengenai penampilannya yang sering menjadi perhatian dan perbualan ramai. Ada segelintir pihak yang berpendapat gaya pemakaian Cik B lebih menyerupai lelaki. Namun, Cik B menjelaskan bahawa pakaian yang dipakainya adalah bersifat unisex dan dipilih berdasarkan keselesaan dirinya.
Menurut Cik B lagi, dia lebih mengutamakan keselesaan ketika berpakaian berbanding mengikut kehendak orang lain. Malah, dia turut berseloroh bahawa fizikal badannya yang agak besar membuatkan dirinya perlu lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai dan selesa dipakai.

Tambah mencuit hati, Cik B dengan berseloroh berkata adakah orang ramai mahu melihat dirinya berpakaian crop top semata-mata untuk membuktikan dirinya seorang perempuan. Jawapan yang diberikan oleh Cik B itu membuatkan ramai kagum dengan cara dirinya menjawab soalan dengan tenang dan matang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai penjelasan yang diberikan oleh Cik B tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cik B nampak kasar.. Tapi MasyaAllah, apa yg keluar Dr mulut dia semuanya menyenangkan hati.. Sgt beradab n sopan. Salute cik B.. “
” Pandai cik B menjawab soalan.. Sangat beradab dn jelas terlihat kasih sayang dan hormatnya cik B pada mama nya.. “
” Suka dgn Cik B ni.. Walau di luar sana ada yg kata hina bukan, jadikan bahan umpat, tapi jrg nampak Cik B berbalas komen mahupun live dgn suara yg kasar & tinggi. Masih kaya dgn adab.. “
” Explanation dia tak berbaur emosi pun. Santai je. Very professional gitu.. Respect & kagum dengan 2 beranak ini. Jujur & tulus.. “
” Takpe. Slow2. Suatu masa nanti pasti Cik B akan berubah dari baik kepada yang lagi baik dan terbaik.. InsyaAllah.. “
” Kurang2 pakaian dia sopan dan tak menjolok mata.. Ni ada yang bertudung tapi pakaian dah macam tak pakai baju je.. “
” Tak pe Cik B, abaikan je kata2 orang luar.. Betul lah tu, ikut keselesaan diri.. Lagi pun ok je, tak seksi.. Sopan je.. “
Perkongsian video tersebut telah menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ada yang bersetuju dengan penjelasan yang diberikan oleh Cik B dan memuji sikapnya yang tidak mudah melenting ketika diasak dengan soalan sensitif. Bahkan, ramai juga yang memuji kesopanan Cik B serta cara dirinya menghormati ibunya, Dato’ Seri Vida, sepanjang sesi temubual berlangsung.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

