Artis / Selebriti
” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
Video respon remaja Kemboja yang viral apabila DS Aliff Syukri bertanya apa yang dia akan beli dengan duit yang akan diberikan kepadanya. Jawapan Hafiz buat DS Aliff terkejut dan tak sangka..
Pada perkongsian terdahulu, Dato’ Seri Aliff Syukri ada memohon bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai seorang remaja yang viral bernama Hafiz. Remaja ini yang berasal dari negara Kemboja sangat rajin berniaga untuk menanggung perbelanjaan keluarganya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok nonabeauty80, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Hafiz di rumah DS Aliff. Kesempatan ini digunakan oleh DS Aliff untuk membuat live bersama Hafiz. Hafiz turut membantu DS Aliff menjual produk keluaran Dato’ menerusi sesi live tersebut.
Hasil pembelian daripada orang ramai, DS Aliff memberikan sumbangan peribadinya kepada Hafiz. DS Aliff juga bertanyakan beberapa soalan kepada Hafiz mengenai kehidupannya. Hafiz sudah mula berniaga sejak umurnya 11 tahun. Antara produk jualan Hafiz adalah biskut dan buah mangga.

Kesempitan hidup membuatkan Hafiz sanggup berpanas dan berhujan demi mencari sesuap nasi. Hafiz tidak dapat bersekolah dan sehingga sekarang, Hafiz tidak pandai membaca. DS Aliff turut bertanya, apa yang akan dibeli oleh Hafiz setelah mendapat duit yang akan diberikan kepadanya. Jawapan Hafiz buat DS Aliff terkejut dan tidak sangka.
Jom tonton video di bawah :
@nonabeauty80 jom support dato,supaya dapat membantu lagi bnyk org yg memerlukan..
@nonabeauty80 terima kasih yg beli.dapat membantu adik ini sedikit sebanyak. #alhamdulillah #syukuralhamdulillah
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Sebaknya rasa bila lihat wajah adik Hafiz ni.. semoga kamu dimewahkan rezeki selalu anak baik.. aamin.. dato’ aliff pun baik sangat.. “
” Adik ni mula2 dulu dia jual biskut. masa dia kecil2 dulu. adik hafiz ni rajin.. cari duit nak bantu sara keluarga.. salute pada semangat dia tu.. “
” Terbaik Dato dan family sambil menjual sambil membantu org2 yg memerlukan.. hafiz pun sopan orangnya, senyum tak lekang.. “
” Murah rezeki budak Hafiz ni sebab dia suka senyum. mcm dato masa kecik je.. mesti dato tengok dia mcm masa dia kecik kan.. “
” Bagus papa, orang macam ni lah yang perlu dibantu. dia pun rajin cari rezeki untuk keluarga. Manisnyaa budak ni senyum sorang2 tngk dia,nmpk situ dia budak sgt baikk semoga kamu berjaya dunia akhrat dik.. “
” Murah rezeki dato’ aliff syukri sekeluarga tolong adik Hafiz. berniaga sambil beramal Alhamdulillah.. lembut je Hafiz ni bercakap.. “
” Alhamdulillah rezeki Hafiz dapat jumpa dato’ aliff. semoga murah rezeki selalu untuk Hafiz dan dato’ Aliff. dato’ alif baik hati sangat.. dia tahu struggle nya cari duit dan hidup susah.. “
Satu usaha yang bagus daripada DS Aliff untuk membantu Hafiz. Sedikit sebanyak, sumbangan yang diberikan oleh DS Aliff ini, dapat Hafiz gunakan untuk merawat ayahnya. Semoga Allah mengurniakan DS Aliff dan Hafiz rezeki yang melimpah ruah seperti air zam-zam yang tidak pernah berhenti mengalir.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nona Effah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

