Viral
” Dia bukan baik biasa, baik sangat tu. Kerja dia.. ” – Ayah Hafiz Kemboja
Video team Infaq Time menziarahi Hafiz Kemboja dan keluarganya raih perhatian warganet. Rupanya sewa bilik harga RM200. Ayah Hafiz turut dedah sikap Hafiz yang ramai tidak tahu..
Remaja viral bernama Hafiz menjadi perhatian ramai sejak kisahnya viral di media sosial. Hafiz merupakan warganegara Kemboja dan merantau ke Malaysia bersama ayah, ibu dan adik beradiknya. Untuk makluman, Hafiz adalah seorang mualaf, begitu juga kedua ibu bapanya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Infaq Time, telah dikongsikan satu video yang memaparkan team Infaq Time menyantuni Hafiz dan keluarganya. Mereka berkesempatan menziarahi Hafiz di rumah sewa dan berbual bersama ayah Hafiz.
Banyak yang ayah Hafiz ceritakan mengenai anak sulungnya ini. Hafiz seorang anak yang baik dan banyak berkorban untuk keluarga. Tambah ayah Hafiz lagi, ketika dia sedang menderita sakit, Hafiz lah yang mengambil tanggungjawab untuk menyara keluarga dengan berniaga.

Ayah Hafiz turut memuji anaknya ini kerana sikap baiknya yang tidak pernah mengeluh walaupun penat seharian mencari rezeki. Hafiz anak yang pemurah dengan senyuman dan sentiasa mensyukuri apa sahaja yang Allah berikan kepadanya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Sedihlah. Aku susah skit je Aku Dah tak senyum tau. Dia susah Tapi dia senyum selalu. Non-stop dia senyum. Senyuman dia buat aku nangis. Semoga dgn senyuman dia buat teguran utk org yg mcm aku . Ujian lain2 tapi tetaplah senyum dan bersyukur.. “
” Mak ayah bagus anak pun bagus, terimaksih xpenah lepas dari mulut mereka.. org baik , terimaksih.. “
” Patut la aritu hafiz ni cakap, dia nak mak ayah je sbb mak ayah dia baik. he was born and raised by a good parents.. “
” Dia bukan baik biasa.. baik sangat tu… Semoga anak anak kita semua beradab tinggi , penyejuk mata mak ayah semua amin.. “
” Bapak sendiri ckp anak bukan baik biasa – baik sgt – power doa ayah tu. Hujung video aku menangis sama dgn ustaz tu. Besar teguran dia kena tepat dlm hati ni.. “
” Alhamdulillah.. semoga Allah Angkat derajat adik Hafidz.. dilapangkan rezekinya.. dimudakan segala urusannya.. dan satu keluarga selalu dalam lindungan Allah Subhanahu Waa Ta’ala.. “
” Adik ni dia punya senyuman tu, siap buat kita yang tengok ni senyum sekali, sejuk hati. Kami semua doakan Hafiz berjaya nanti.. “
Tidak hairan lah Hafiz ada keperibadian yang baik kerana ayahnya juga sangat menjaga pertuturan. Hafiz seorang anak yang sangat baik dan menyenangkan kedua ibu bapanya. Semoga Hafiz akan terus bersikap begini dan dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah untuk menyara keluarganya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Infaq.time
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

