Connect with us

Artis / Selebriti

” Scene sedih tapi tiba-tiba rasa lucu sebab ada dr Izzar. Aku tengok berdekah ketawa, haha.. ” – Netizen ”

Video Behind The Scene Dan Lakonan Dr Izzar Bersama Izzue Islam Dan Ummi Nazeera Buat Ramai Yang Terhibur. Amboi Bukan Main Serius Muka Dr Izzar. Izzue Pulak Bantai Gelak, Cepat Terhibur Sungguh. Cameo Paling Win Lah Dr Izzar !!

Sebut sahaja nama Dr Izzar, pastinya warganet akan terbayangkan karakter suami kepada pelakon berbakat Ummi Nazeera yang kelakar dan bersahaja. Dr Izzar juga penyokong kuat karier Ummi dan sering berkongsikan video lakonan isterinya itu.

Dalam diam, rupanya Dr Izzar turut sama menjayakan drama terbaru lakonan Ummi dan Izzue Islam iaitu Rindu Kasih 2. Meninjau akaun Instagram Ummi Nazeera, telah dikongsikan video yang memaparkan sedutan babak Dr Izzar bersama Ummi dan Izzue.

Klik gambar untuk info..

Muncul sebagai cameo dan berperanan sebagai seorang doktor, lakonan Dr Izzar itu mendapat perhatian ramai. Amboi jika dulu selalu kena ‘sidai’, sekarang dr Izzar sudah tunjuk bakat berlakon pula. Babak berat tetapi perlu berlakon bersama suami sendiri.

Video di sebalik tabir pula membuatkan warganet terhibur. Bukan Dr Izzar yang ketawa tetapi Izzue yang tidak dapat menahan ketawanya. Izzue sememangnya jenis yang cepat terhibur. Seronok warganet menonton video perkongsian tersebut, tentu berdekah semua yang berada dekat set.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Aju Ahmad (@ajuahmad_)

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Amboi Dr Izzar.. dah hilang tittle kene sidai doctor ni haha. dia dah mula berlakon guys, ni baru betul doktor sebenar.. ”

” Amboii yg jdi doc tu klu real life dia suka up caption kelakar.. sbb tu kot izzue pun xbole tahan tgok muka doc.. aku yg tgok pun brdekah.. ”

” Aku terkejut tgk ehh laki ummi berlakon laaahhh .. fuyooo ade bakatt.. Kesiannya dah jadi doctor still kena sidai. Lama bebenor menahan memasing.. ”

” Sekarang ni aku yang gelak ni apa hal jaja.. Pandai doktor berlakon. doktor pakai cable eh.. lama sangat kena sidai, terus jadi pelakon extra hehe.. ”

” Bila nampak ja muka dr izzar terus aku gelak.. adoii tak sangka dia jadi cameo.. mana lah Izzue tak gelak, dr ni muka je serius tapi tuannya kelakar.. ”

” bahaahahaha tak boleh betul kalau doctor Izzar ni.. Muka nak serious tapi cakap sikit pun dah berdekah buat kita gelak.. ”

Klik gambar untuk info..

” Kenapa kita pulak yang ketawa ni, tolongg.. tkyah nak serious sgt doc. kita nk gelak tngok muka tu haha.. tak jadi nak sedih.. ”

” Walaupun kataΒ² yg agak menyedihkan kua dr mulut doc.. tapi ianya tidak sampai.. kami nak bedekah.. scene sedih tapi tiba-tiba rasa lucu sebab ada dr izzar.. ”

Wah Dr Izzar tak kena sidai lagi ye sebab sudah jadi pelakon tambahan. Walaupun scene drama ini sedih tetapi ramai pula yang tergelak sebab melihat wajah Dr Izzar. Kuat betul penangan Dr Izzar ini, tengok wajahnya terbayang posting lucu sebelum ini. Manalah Izzue tak gelak, haha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ummi Nazeera

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT