Connect with us

Artis / Selebriti

” Caption Ain ya ampun, gelak guling-guling. Isteri dari syurga ni, haha.. ” – Netizen

Perkongsian Ain Edruce Ucapan Hari Lahir Untuk Suaminya, Amirul Hafiz Buat Warganet Terhibur. Adui Ain, Habis Semua Gambar ‘Buruk’ Mirul Keluar Ni. Komen Mirul Tu Paling Win. Habis Lah Ain, Haha !!

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran suami kepada pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz. Menerusi entry terbaru di akaun Instagram Ain Edruce, telah dikongsikan satu video yang memaparkan koleksi gambar Amirul yang mencuit hati.

Yang mengikuti pasangan ini pastinya sudah masak dengan perangai masuk air Ain dan muka blur si Amirul. Ucapan selamat hari lahir Ain untuk Amirul juga menggeletek hati warganet. Tahun ini bukan ucapan yang sweet tetapi lebih kepada luahan hati Ain.

Klik gambar untuk info..

Berharap agar Amirul menjadi suami yang baik, Ain juga meminta agar Amirul merajinkan diri untuk selalu menghubungi Ain. Kata Ain, call untuk bagi ucapan yang sweet bukan call hanya untuk memberitahu Grab datang ke rumah bagi menghantar barang.

Adui Ain, sudah begitu perangainya Amirul, susah hendak diubah. Gambar yang dikongsi oleh Ain pula menunjukkan muka-muka Amirul yang mencuit hati. Tergelak warganet, Ain memang suka menyakat Amirul, baik secara depan ataupun di media sosial.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Ain ini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Wahhh amirul upgraded.. dia akan membalas guysssss.. ini sesuatu yang luar biasa haha.. Mirul memang tak pernah mengecewakan.. ”

” Simple je dia reply tapi mendalam sangat haha.. jarang tgk mirul reply dlm IG ain. tak sabar nak tengok Mirul balas apa dekat ain nanti.. ”

” Caption pun haha.. Hahahahha dia ada koleksi gambar terburuk suami dia. Tolong la mirul balas balik nanti. Takboleh biarkan sangat ain ni.. ”

” Macam-macam jenis transition muka Mirul.. Semua gambar dia zoom masalahnya haha.. Adoi sabar jelah aku dengan Ain ni.. ”

” Haha isteri dari syurga ni.. dia wish tapi mix bebelan haha.. Semua gambag tak boleh blah.. caption Ain ya Ampun, gelak guling-guling.. ”

Klik gambar untuk info..

” Hahahahaha ko Ni Ain… sanah helwah mirul.. bertuah ko dapat Bini cmni tau.. kalau aku buat Laki aku cmni Mau kena sound.. ”

” Ain kalau tak ngusik si mirul nii lah tak sah haha.. HAPPY BIRTHDAY SUAMI AIN, semoga rajin call ain say i miss you lepas ni hahaha.. ”

Amirul juga ada meninggalkan komen pada posting Ain ini. Wah bunyi macam hendak membalas dend4m ni Amirul hehe.

Habis lah Ain, Amirul sudah pandai membalas. Agaknya apalah yang Amirul akan balas masa birthday Ain nanti. Apa-apa pun, itu hanya lah gurauan mereka suami isteri dan semoga yang menonton video ini juga turut terhibur. Semoga rumahtangga yang dibina oleh Ain dan Amirul berkekalan selama-lamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ain Edruce

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT