Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebak tak boleh bayangkan, emosi sangat. Bait bait kata tu sangat mengusik jiwa.. ” – Netizen

Perkongsian DS Siti Nurhaliza Video Menggunakan AI Ketika Konsert Baru-Baru ini Buat Ramai Tersentuh. Part Masa Umur 65 Tahun Tu Memang Sayu Dengar Pesanan Tokti. Muka Pulak Sebijik Macam Mak Salmah. Elok Sayu, Part Last Tu Spoil Betul. Nakal Lah Tokti Ni !!

Dato’ Seri Siti Nurhaliza nama yang cukup gah dalam industri. Sudah banyak dekad DS Siti menghiburkan semua dengan alunan suara emasnya itu dan DS Siti digelar penyanyi nombor 1 negara yang tidak ada galang gantinya, satu dalam sejuta.

Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan video AI yang disiarkan ketika konsert beberapa hari yang lalu. Salah satu yang mencuri perhatian adalah video ketika DS Siti berusia 65 tahun.

Klik gambar untuk info..

Tidak pernah terfikir oleh peminat DS Siti akan menggunakan idea sebegini dan ternyata video tersebut membuatkan warganet tersentuh hati. Melihat wajah DS Siti ketika usia emas ini, saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Mak Salmah. Ucapannya pula begitu puitis dan membawa makna yang mendalam kepada semua.

Walaupun ini hanyalah gambaran sahaja namun warganet sedar, suatu hari nanti detik ini akan sampai. DS Siti tak akan selamanya menghiburkan semua dengan suara merdunya itu. Semua akan merasai kehilangan penyanyi kesayangan ini dari arena seni hiburan satu hari nanti.

Jom tonton video di bawah :

Antara video lain yang menggunakan IA pada usia DS Siti remaja dan dewasa yang membuatkan ramai terhibur.

Ribuan tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tak nak Siti Nurhaliza tua, please.. kalu siti nurhaliza dah tua kami pon tua.. sedihlah dengar ayat tokti ni.. ”

” Sebak g1la tengok video ni, tak tahu kenapa. we always love u kak iti selamanya hanya tokti di hati.. mcm pn salmah la dato siti ni bile dah berusia.. ”

” Inilah part sebak tauu idea sapa la buat cmni terus mcm satu masa nanti siti bersara beginila ek kita rasa. pandai tau main emosi.. ”

” Masa tgk ni, airmata dah bergenang. Tak pernah terfikirpon akan lihat video ini atau fikir ttg hal ini. Bila bahagian korus menyapa dunia dinyanyikan. Aku dah berjurai airmata… tk tahan dah.. ”

” Sebak pula tetiber. Kehidupan saya sejak darjah 3 dah bersama Kak Iti. 1996 Kau Mawarku. Kalau Kak Iti 65 tahun, saya berapa pulak. Cepatnya kehidupan ni.. ”

” Masalahnya kita nk sebak dah bergenang air mata pastu part last spoillll “OK LAH NAK BUAT DONNAT BYE” hahahah.. kak iti ni nakal tau. huhuhuhu.. ”

” Saya dah nak nangis time video ni di keluarkan . Time ni dah terus terlintas dalam kepala yang tokti dah pencen.. sebak tak boleh bayangkan, cepat masa berlalu. Emosi sangat, tidakkkk.. ”

” Kenapa Rasa sedih dan sebak ek.. bait Bait Kata tu sangat mengusik jiwa… mesti ayat puitis rozisangdewi ni … but part hujung tu nk buat donut tu kelaqar bak hang.. ”

Klik gambar untuk info..

Liku-liku untuk menjadi seorang Siti Nurhaliza, menjadi Siti Nurhaliza sekarang dan Siti Nurhaliza akan datang yang akan sentiasa menjadi moment indah untuk para peminat DS Siti. Semoga DS Siti sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang serta berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT