Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagusnya Anaqi ni, kental jiwa tahan sampai berbuka.. ” – Netizen

Perkongsian Amar Baharin Gelagat Anak Sulungnya, Aqeef Anaqi Berlatih Berpuasa Sehari Penuh Buat Warganet Terhibur. Alahai Sampai Peluk Botol Air Menunggu Waktu Berbuka. Comel Je Anaqi Senyum Sambil Menahan Lapar Dan Dahaga Tu !!

Kata orang, anak kecil ini umpama kain putih dan kita sebagai ibu bapa lah yang harus mencorakkan anak ini. Baik dari segi pendidikan duniawi mahu pun akhirat, ianya perlu lah seimbang dan mengikut ajaran yang agama agar dapat membentuk sahsiah diri yang terbaik.

Meninjau akaun Tiktok Amar Baharin, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat anak sulung Amar, Aqeef Anaqi berlatih puasa penuh. Ramadhan kali ini, Anaqi cuba untuk berpuasa penuh dari pagi sehingga lah masuk waktu berbuka puasa.

Klik gambar untuk info..

Kelihatan Anaqi yang kelesuan mungkin kerana menahan lapar. Amar pula pandai mengambil hati Anaqi dan memberikan kata-kata semangat supaya hero kecilnya ini dapat bertahan sehingga masuk waktu maghrib. Kelihatan Anaqi menghitung waktu untuk berbuka sambil dipeluknya botol air dan makanan.

Tahan punya tahan, alhamdulillah akhirnya Anaqi berjaya juga berpuasa penuh untuk hari kedua Ramadhan 2024. Puas hati Anaqi dapat menjamu selera dan makan macam-macam juadah ketika berbuka. Nikmat dan kelihatan kepuasan pada wajah Anaqi, anak soleh daddy yang penyabar dan berjiwa kental.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@amarbaharinofficial

Alhamdulillah Abg belajar puasa full day tahun ni… 🫰🏻 . #ramadan #salamramadhan #fyp

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun mencatatkan hampir 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hebat abang Anaqi puasa penuh.. Dah besar dah dia.. dulu kemain kecik je lagi Anaqii.. Dari bulatt sekarang dah kurus.. ”

” Sama mcm anak saya tadiii, sampai menitik2 air mata ckp haus.. padahal lg setengah jam je lg time tu.. ”

” Handsome boy ni kan.. good job Anaqi.. Comel je peluk botol makanan tu.. ni bakal hero remaja nanti.. ”

” Bagusnya Anaqi ni, kental jiwa tahan sampai berbuka.. makin besar makin handsome lah Anaqi ni.. ”

” Dia dah besar nanti confirm handsome macam bapak dia wey.. Muka macam pelakon budak Avatar tu lak si Aang.. ”

” Good job sayang.. ya Allah besar dah Anaqi ni maknanya aku ni makin tua.. makin besar makin segak hero Amar ni.. muka sebijik Amar masa muda.. ”

” Dalam tak tahan pun boleh tunggu sampai berbuka. bagus Anaqi ni, kuat semangat. Kalau budak lain confirm dah menangis mintak nak makan.. ”

Klik gambar untuk info..

Awal-awal memang begitu lah kerenahnya, nama pun berlatih berpuasa penuh kan. Anaqi sudah melakukan yang terbaik dan ianya pencapaian yang boleh dibanggakan untuk Anaqi. Semoga Anaqi dapat menyempurnakan ibadat puasa sehingga ke hari akhir Ramadhan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amar Baharin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT