Artis / Selebriti
” Amayan, Amayan kenal tak Aunty ni.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Video reaksi Ammar Ahyan ketika bertemu dengan DS Siti Nurhaliza buat ramai terhibur. Alahai teruja betul Amayan dapat jumpa Tokti. Part Tokti suruh Amayan menyanyi lagu dia tu comel. Nasib baik Amayan tahu lagu Tokti, hehe..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan anak sulungnya, Ammar Ahyan menghadiri majlis penyerahan zakat, Lembaga Zakat Selangor. Tulis Datin Shahida, dia dan suaminya, Dato’ Aliff Syukri tidak dapat menghadiri majlis tersebut serta mewakilkan kepada Ammar.
Luah Datin Shahida, dia pada awalnya agak risau jika Ammar akan merasa kekok ke majlis protokol seperti itu. Namun begitu, Datin Shahida akhirnya merasa bangga melihat Ammar begitu matang ketika berada di majlis tersebut. Selain itu, apa yang menarik perhatian adalah menerusi video itu Ammar sempat bertemu dengan Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Sempat DS Siti menyakat Ammar dengan bertanya adakah Ammar mengenali dirinya. Dengan pantas, Ammar berkata dia begitu mengenali DS Siti. Bukan itu sahaja, Ammar juga turut menyanyi sebuah lagu DS Siti bertajuk Joget Pahang dan nyanyian Ammar membuatkan DS Siti tersenyum mendengarnya.

Perkongsian video ini turut menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat Ammar yang dikatakan sudah seperti seorang YB. Dalam masa yang sama, warganet juga memuji cara didikan yang diberikan Dato’ Aliff dan Datin Shahida terhadap Ammar.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, ramai yang memberikan kata-kata pujian kepada Ammar. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Gaya Amayan mcm yb ni, bela nasib orang susah. Jiwa dia bt kerja kebajikan. Smg Amayan terus berjaya dunia akhirat. Tahniah Dato Datin ‘
” Amayan kena rileks. gaya dah nampak macam politician dah. Cuma jangan nak laju je. laju boleh, tapi jangan tergesa. anyway very proud of your son datin.. “
” Byk2 lagu Ct.. Yg Irama Msia jgk jd pilihan Ammaryan ya, hehehe cute je dengar dia nyanyi.. Bangga tengok pencapaian Ammar sekarang.. “
” Boleh bayangkan betapa bangganya Dato’ dan Datin sebagai ibu dan Ayah anak sulung mereka penuh adab, berani dan ilmu. Tahniah Ammayan.. “
” MasyaAllah bagus datin train Ammayan mcm ni.. semoga Ammayan makin ready utk assist papa n mama nya lepas ni.. “
” Mesti lagu ala ala patriotik dia tau, punyaaallaa byk lagu best2 dato ct.. Rare betul budak Ammar ni, jarang sangat dijumpai mcm ni, hehe.. “
” Wowww firm n clear. “Thn dpn sy nak byr zakat. Zakat tiang agama islam”MasyaAllah datin. Hebat amayan. .Btw comel je tengok time Ammar jmp Dato Siti tu.. “
Alahai comel sungguh reaksi DS Siti setelah mendengar nyanyian Ammar itu. Humble sungguh DS Siti menggelarkan dirinya ‘aunty‘ kepada Ammar. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Datin Shahida sekeluarga kerana berjaya menyumbangkan zakat pendapatan kepada Lembaga Zakat. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu para golongan yang memerlukan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

