Artis / Selebriti
” Orang yang paling memahami saya luar dan dalam.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Dan Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Bekas Kakak Iparnya, Rozi Abdul Razak Buat Ramai Tersentuh. Alahai Part Last Ucapan Tokti Tu Touching Sangat !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah dikongsikan video dan ucapan sempena ulang tahun bekas kakak iparnya iaitu, Rozi Abdul Razak yang juga merupakan pengurus peribadi DS Siti Nurhaliza.
Menerusi video tersebut, DS Siti berkongsi gambar bersama Rozi sepanjang mereka bersama. Tulis DS Siti di ruangan kapsyen mengatakan yang Rozi adalah orang yang sentiasa bersama dengannya. Selain itu, Rozi juga orang yang paling memahami DS Siti luar dan dalam.
Perkongsian oleh DS Siti tersebut telah menarik perhatian para peminatnya. Ramai yang turut tersentuh dengan perkongsian DS Siti buat Rozi. Ada peminat DS Siti mengatakan yang mereka sebagai saksi menyaksikan Rozi adalah kekuatan DS Siti dari awal karier DS Siti sehinggalah sekarang.

Ucapan dan video DS Siti buat Rozi itu telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Penuh bermakna setiap kata-kata yang ditulis DS Siti buat Rozi, insan yang berada bersama-samanya susah dan senang.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Rozi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Setia dia dari dulu dgn tokti. Jatuh bangun tokti bersama sama.. Touching lah baca ucapan Tokti untuk Kak Rozi.. “
” Tulang belakang di sebalik kejayaan Siti Nurhaliza.. Selamat hari jadi Kak Zie.. Semoga Kak Zie sihat2 slalu, murah rezeki.. “
” Pasti ia anugerah terindah buat Dato’ seri Siti Nurhaliza. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yg baik dapat beribadah hingga hujung nyawa.. Sebak lah pula tengok video ni.. “
” Happy birthday Kak Rozi.. Thank you selalu mudahkan urusan kita dgn Datuk.. Semoga yg baik2 shj utk Kak Rozi.. Amin.. “
” Happy Birthday Rozi.. Kagum dgn org yg sntiasa ad d belakang Datuk Siti.. Sntiasa brsamanya ke mna dia pergi.. Seorg pngurus yg sgt2 brtanggung jwb dan brdedikasi.. “
” Happy Birthday kakZ.. seorang yg sgt setia, yg sgt baik. Memang sepadan sgt dgn seketoi Siti Nurhaliza tu. Org baik pasti berdamping dengan yg sama baik.. “
” Extraordinary person, penuh dgn kelembutan dan kesantunan… happy birthday Kak Z… Teruskan menjaga Biduanita Siti Nurhaliza dgn baik.. “
Meskipun Rozi tidak lagi bergelar kakak ipar DS Siti, namun hubungan silaturahim antara Rozi dan keluarga DS Siti masih baik dan mereka begitu akrab. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Rozi. Semoga Rozi terus diberikan kesihatan yang baik serta bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

