Connect with us

Artis / Selebriti

” Terus Dato’ pakai songkok ye bila Ami datang dengan ‘askar-askar’ , haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Red Sedang Live Bersama Seorang Wanita Cantik, Namun Gelagat Adira Dan Anak-Anaknya Muncul Di Belakang Dato’ Red Buat Ramai Terhibur. Baru Dato’ Red Nak Mengayat, Sekali Adira Datang Dengan ‘Askar-Askar’ Pulak. Lawak Lah Reaksi Dato’ Red, Haha !!

Kisah rumah tangga penyanyi Adira dan bekas suaminya, Dato’ Red sering menjadi perhatian warganet. Meskipun sudah berpisah, namun pasangan ini masih lagi bersahabat baik dan sering membuat video live bersama-sama. Adira juga selalu membantu Dato’ Red menjual barangannya ketika live.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok pemilik nama putehhhx, telah dikongsikan rakaman video live Dato’ Red bersama seorang wanita yang dikenali dengan panggilan Misha. Kelihatan Dato’ Red membuat video live tersebut di rumah Adira.

Klik gambar untuk info..

Ketika sedang berborak bersama Misha, kedengaran suara Adira sedang datang menghampiri Dato’ Red yang duduk di luar rumah. Seloroh Dato’ Red memberitahu kepada Misha yang Adira telah datang bersama dengan ‘askar-askar’nya iaitu anak-anak mereka.

Sebaik Adira sampai berdekatan dengan Dato’ Red, Adira berseloroh meminta Dato’ Red menjaga anak-anak mereka. Sempat Adira dan anak-anak bertegur sapa dengan Misha dengan melambai tangan. Telatah Dato’ Red yang seolah seperti agak ‘takut’ dengan kehadiran Adira membuatkan ramai terhibur.

Tonton video di bawah ini :

@putehhhx

Adira jeles la tuuu 🀣 #adirasuhaimiabgred #datoredadira #abgred #datored #abgredlive #datoredlive #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredacaps #abgredami #adirasuhaimidatukred @abg red ac bekap @adirasuhaimi.real

♬ Funny Quirky Comedy – Redafs

@putehhhx

β€œCantik lagi saya punya petir” – Abg Red ❀️ #adirasuhaimiabgred #datoredadira #abgred #datored #abgredlive #datoredlive #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredacaps #abgredami #adirasuhaimidatukred

♬ Masa Laluku – Kangen Band

Di ruangan komen rata-ratanya terhibur menonton rakaman video live Dato’ Red, lebih-lebih lagi menonton telatah Adira dan anak-anak. Antara komen-komen menarik adalah :

” Terus Dato’ pakai songkok ye bila Ami datang dengan ‘askar-askar’ , haha.. Beerdekah aku tengok live tadi, penat ketawa.. “

” ‘Ramai Misya 4’ alahaiiii.. Ami nk cover jeles tu… Dia anto askar buat syarat, hahaha.. Rujuk lah balik lah senang, hehe.. “

” Cemburu tandanya apa.. Tandanya masih sayang lagi tu.. Mahu tapi malu.. Hahaha comel tengok askar-askar Adira.. “

” Hahaha buat pasal lah Dato.. Tengok kemain laju askar-askar ami buat kerja.. Tak pernah tak lawak kalau live Tok Red.. “

” Mantan kok jealous.. Terus dari pakai cap pakai songkok.. Hahaha lawak2.. Harap sangat pasangan ni akan bersatu kembali.. “

” Terus jadi man laksa, hahahahaha.. Bawa semua anak-anak tu paling tak tahan.. Halus je Ami buat kerja kan, haha.. “

” Masalahnya panggil petir dia menyahut pulak tu.. Kalau Adira petir Datin Red halilintar ke.. Comel eh perangai dorg ni.. “

Klik gambar untuk info..

Dato’ Red berkata kepada pengikutnya sesi live bersama Misha itu hanyalah sekadar gurauan sahaja. Dato’ Red sememangnya seorang yang kelakar. Setelah Dato’ Red mula live di Tiktok, kita nampak sisi lain Dato’ Red yang suka membuat lawak.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok putehhhx

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT