Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagus cara Cik B hargai pekerja. Tak tunjuk resit habis berapa belanja staff dia.. ” – Netizen

Video Cik B Belanja Kasut Mahal Kepada 2 Orang Staffnya Raih Perhatian Ramai. Wah Bukan Main Happy Staff Cik B Bila Cik B Kata Tiada Limit Harga. Bak Kata Cik B, Dia Tak Tahu Nak Manjakan Siapa, Sebab Itu Cik B Manjakan Staff Dia. Terbaik Lah Cik B !!

Siapa tidak mengenali jutawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Seri Vida. Selain Dato’ Seri Vida, dua anaknya, Kacak dan Cik B juga dikenali ramai. Banyak video content anak-anak Dato’ Seri Vida menarik perhatian warganet kerana mereka juga bergelar usahawan yang berjaya.

Meninjau di akaun TikTok Cik B, telah dikongsikan video yang memaparkan Cik B berada di sebuah kedai kasut. Menerusi video itu, Cik B berkata mahu belanja kasut kepada pekerjanya. Kelihatan ada dua orang pekerja Cik B ada bersama iaitu pembantu peribadi dan content creator.

Klik gambar untuk info..

Kata Cik B lagi, kasut yang mahu dibeli kepada pekerjanya adalah seorang sepasang, namun Cik B tidak meletakkan limit harga. Mendengar apa yang dikatakan oleh Cik B, pembantu peribadi Cik B begitu seronok dan teruja untuk memilik kasut yang disukainya.

Kedua-dua pekerja Cik B ini juga tidak berhenti-henti mengucapkan kata terima kasih kepada Cik B kerana sudah membelanja mereka. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji sikap baik Cik B terhadap pekerjanya.

Tonton video di bawah ini :

@cikb_havoc

Cik B nak belanja staff Cik B kasut sorang satu!! #tiktokmalaysia #fyp #cikb #bossb #foryoupage #fypシ゚viral #foryou #zxycba #tiktok #shoes #sports #jd #staff #boss

♬ Cena Engraçada e Inusitada de 3 Minutos – HarmonicoHCO

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comel Cik B, tengok harga terus murung, haha.. Terbaik lah Cik B, mesti staff semua serokok kan kerja dengan Cik B.. “

” Dapat layan terbaik.. Cik B pemurah macam mama dia.. Patut lah murah rezeki Cik B.. Suka belanja orang.. “

” Seronok tengok Cik B, kelakar orang nya.. Semoga Cik B terus berjaya dlm dunia perniagaan, murah rezeki lagi lepas ni.. “

” Nampak masing-masing seronok betul dapat kasut baru.. Hehe.. Bagus cikb bahagiakn org sekeliling yg byk bantu dia.. “

” 1st time aku nmpk Cik B senyum.. Comey je senyum dia, manis muka.. Suka la tengok, semoga murah rezeki selalu Cik B.. “

” Tapi bagus Cik B tak tnjuk resit habis berapa blnje staff dia.. Lepas ni boleh belanja followers pula Cik B, hehe. Nak juga.. “

” Cik B ni baik lah. Bagus cara dia hargai pekerja.. Tu cara Cik B bsedekah dlm diam.. Tu cara dia bterima kasih dgn Allah sbb rzeki yg dia ada. Part ni ak skong Cik B.. “

Klik gambar untuk info..

Seronok tengok cara Cik B menghargai pekerjanya. Seronok masing-masing dapat kasut baru. Dapat dilihat kedua-dua staff Cik B ini sangat rapat dengan Cik B mungkin sebab selalu berada bersamanya. Warganet juga memuji sikap pemurah Cik B mewarisi sikap ibunya. Apa-apa pun terbaik lah Cik B, moga murah rezeki lagi selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok cikb_havoc

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT