Artis / Selebriti
” Mummy sekarang memang suka makan pedas, manis, masam, masin segala.. ” – Watie
Muatnaik video makan pelbagai makanan, perkongsian oleh Watie Hanifiah curi perhatian warganet. Komen Makder seperti mengiyakan khabar berita gembira. Ramai pula yang teka-teka jantina baby..
Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gambar isterinya, Watie Hanifiah yang sedang nyenyak tidur di dalam kereta. Namun, apa yang lebih menarik perhatian warganet ialah penampilan baby bump Watie yang jelas kelihatan.
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, satu video temubual bersama Watie turut dikongsikan. Menerusi temu bual itu, Watie memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya sentiasa baik. Mengulas lanjut, Watie mengakui bahawa buat masa ini dia dan Shuib belum bersedia untuk berkongsi apa-apa mengenai ‘kehamilan’ yang diperkatakan.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram, Watie memuatnaik video yang memaparkan dirinya sedang menikmati beberapa jenis makanan viral. Menerusi ruangan kapsyen, Watie menulis yang dia kini sangat gemar menikmati makanan manis, masam, pedas dan pelbagai lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya teruja dan tidak sabar menantikan berita gembira daripada Watie. Bukan itu sahaja, respon daripada ibu tiri arwah Siti Sarah iaitu Makder seperti mengiyakan Watie sedang hamil turut mencuri perhatian ramai.
Tonton video-video di bawah ini :
Respon Makder :

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video-video ini dan ramai yang turut menitipkan kata-kata doa buat Watie. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah Aamiin, semoga diprmudhkn segalanye Insyaallah Aamiin.. Doa for you puan dan hubby and family.. “
” Happy for you mummy.. Makan la mummy smoga yg baik2 shj utk u n baby.. Tahniah mummy n take care.. “
” Mummy mesti baby girl ni suka makan manis2 suka dessert.. Thalita nanti dah ada geng lah kalau betul baby girl.. “
” InsyaAllah Baby Girl sbb sy pon mcm ni dulu..hehehe.. Semoga Ibu & anak diberikan kesihatan yg baik… Aaminn.. “
” Gaya mkn dan kesukaan tu mcm baby boy. tgk mommy watie mkn buat kita jd teringin plak nak mkn. Nak food hunting jgklah.. “
” Sbb watie, sis sanggup drive pegi cari ngam2 smpai yg mango hbs lak .. Tp nape tak perasan yg avocado tu tadi, dh la pegi time org balik keje.. “
” Sy masa pregnant pun mkn je semua.. Alhamdulillah baby sihat kluar2 pun ceria je sampai besar.. Makan jelah mummy, janji baby dalam perut happy.. “
Jika betul Watie sedang hamil, pasti ramai yang tidak sabar rasanya nak dengar berita gembira itu daripada tuan punya badan sendiri. Apa-apa pun, ramai yang mendoakan agar Watie sentiasa sihat, bahagia dan semoga segalanya dipermudahkan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie, mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

