Artis / Selebriti
” Kesian tengok member. Tapi tu lah mengajuk lagi, kan dah mendapat, haha.. ” – Komen Netizen
Video Azhan Rani mengajuk cara Elly Mazlein memakai gincu buat ramai terhibur. Tak sangka part last Kak Lina buat macam tu dekat Azhan. Tu lah, ajuk orang lagi. Kan dah mendapat, hehe..
Tidak dapat dinafikan, Elly Mazlein sememangnya seorang yang kelakar dan spontan. Gelagatnya yang bersahaja sering membuatkan orang sekeliling terhibur. Malah setiap kali muncul di kaca televisyen atau media sosial, pasti ada sahaja aksi lucunya yang mencuri perhatian warganet.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly Mazlein, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Elly sedang memakai gincu. Namun begitu, secara tiba-tiba pelakon Azhan Rani muncul di belakang dan mengajuk cara Elly ketika sedang memakai gincu sehingga membuatkan Elly terhenti seketika melihat telatah Azhan tersebut.
Siapa sangka, selepas itu Elly bertindak spontan dengan menconteng wajah Azhan menggunakan gincu berkenaan. Wajah Azhan yang kelihatan pasrah dengan apa yang berlaku mencuit hati ramai. Dua individu yang turut berada di situ tidak dapat menahan tawa melihat gelagat mereka berdua.

Perkongsian video tersebut nyata mengundang tawa warganet. Ramai peminat terhibur melihat gelagat spontan Elly dan reaksi Azhan setelah wajahnya itu penuh dengan gincu. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Elly telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya sangat terhibur selepas menonton video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kesian tengok member. Tapi tu lah mengajuk lagi, kan dah mendapat, haha.. Habis muka penuh dengan gincu, haha.. “
” Sumpahlahhh tengok ulang2 ni, memang kelakar sangat.. Dua2 ni kalau dah bergabung memang ngam sangat lah.. “
” Member tak paham make up dek.. Punch dia paham.. Tulahhhhh cari pasal lagi dengan sharifah ek, kan dah kena.. “
” Dua ketol ni memang ngam sangat.. No syatuuu.. Ajuk2 terus dapat balasan cash di dunia kan abang, kaco lagi.. “
” Dah ghupe kene dera, hahaaha sorry abg, terbahak saya ketawa tengok muka abg.. Dah kena dengan kepom.. “
” Baru tahu… Ehaaa ejek la lagi… Padan muka.. Itu makan dia ajuk lagi.. Itu baru namanya mengajar, hahahaa.. “
” Sumpah kelakar, dia tak payah cakap.. Terus dia bagi n go.. Jangan main2 bang.. Perempuan nie sensitif bang.. “
Elly kalau tak buat kelakar memang tak sah. Ada sahaja idea kreatif digunakan untuk menyakat orang di sekelilingnya. Apa-apa pun, ini hanyalah gurauan Elly dan Azhan sahaja. Semoga yang menonton video ini juga turut terhibur dengan gelagat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

