Artis / Selebriti
” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
Video pembaca berita Utama740 TVS, Akma Salleh yang viral, dedah apa yang terjadi ketika mengakhiri slot berita. Lah tak sangka sebab tu, ingatkan sebab nak tahan bersin. Berdekah dibuatnya, haha..
Viral satu klip video yang memaparkan salah seorang penyampai berita Utama 740 TVS, Akma Salleh yang memperdengarkan suaranya yang lucu sebelum mengakhiri slot berita. Ramai yang menyangka suara pelik Akma itu seakan-akan Akma sedang menahan diri daripada bersin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan team 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin Era menghubungi Akma untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang insiden berkenaan. Team 3PE memang up to date dengan perkara viral seperti ini.
Radin yang memulakan panggilan bertanyakan kepada Akma, adakah benar suara Akma begitu kerana menahan diri daripada bersin sebagaimana tanggapan orang ramai. Akma menidakkan dan menceritakan kejadian sebenar yang terjadi ketika dia dan rakan setugas di bilik berita.

Kata Akma, rakan setugasnya membuat lawak dan ianya ada kaitan dengan kebiasaan mereka bergosip menggunakan bahasa tengah. Ketika mendengar ayat yang diucapkan oleh Akma yang membuatkan dirinya berkelakuan seperti itu, team 3PE sendiri terbahak ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ok baru lah bleh tido lena.. dh tau crita sbenar haha.. memang ingat dia tahan bersin atau tahan nk gelak.. tu je hahaha.. “
” Org Srwk mmg suka guna bahasa tengah utk membawang atau sebut sesuatu yg kurang sopan. Sebagai contoh.. first tengok dh gelak. bila dh tahu sebab tgok balik video lebih gelak besar.. “
” Aku ingat dia nak nangis haha.. ulang ulang tengok pun tetap tergelak haha.. Ouhhhh aku faham. Ini mesti kes Waktu tengok Video tak lawak… Time lepastu Tiba² Lawak dia datang.. “
” Member jenis mudah terhibur… partner pula kacip.. mmg x jadi keje sebenarnya. Tengok kali ke 10 pun gelak lagi.. “
” Baru jumpa jawapan dekat sini.. gitu kisahnya aku ingat dia tahan nak bersin.. aku tengok pun gelak haha.. “
” Memang gelak weyy.. tulah ingat tahan nangis ke bersin.. rupanya tahan gelak.. Sanggup aku start engine kete td nak dgr penjelesan.. “
” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan haha.. sumpah lawak.. byk kali aku ulangg. ceria pagi aku hari ni tgk benda ni.. “

Itu rupa-rupanya kejadian sebenar yang terjadi di bilik berita ketika Akma sedang bersiaran. Puas Akma menahan ketawa, gara-gara itu juga lah dirinya viral. Apa-apa pun, teka teki pendengar terjawab dengan penjelasan daripada Akma ini. Kalau geng 3PE yang menjadi teman sekerja Akma, tentu berdekah Akma ketawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

