Artis / Selebriti
” Apa benda kau rindu pasal Jep ? ” – Radin Era
Video Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah bercerita mengenai kerinduan mereka terhadap Jep Sepahtu dalam Raja Lawak Podcast buat warganet sebak. Rindu betul Mamat dan Shuib pada Jep. Betul apa yang Shuib cakap tu..
Banyak kenangan pahit dan manis tersimpan rapi dalam diri Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah sepanjang mereka bersama dalam kumpulan Sepah. Sepah mencipta fenomena mereka tersendiri dan ia juga titik permulaan populariti Shuib, Jep dan Mamat.
Bertahun-tahun Sepah membawa haluan sendiri, ramai yang masih merindui lawak jenaka kumpulan Sepah. Shuib pernah dikaitkan dengan kontroversi yang mengakibatkan dia bermasam muka dengan Jep sehingga kini, Hubungan dua sahabat ini masih lagi dingin. Namun nama pun manusia, rasa rindu pasti menjentik hati.
Meninjau entry di akaun Instagram dan Tiktok Inspirasi.my, telah dikongsikan beberapa video sedutan Shuib dan Mamat sebagai tetamu jemputan dalam Raja Lawak Podcast. Pak Azad dan Radin selaku host bertanyakan soalan mengenai Jep kepada Shuib dan Mamat.

Sayu sahaja jawapan Shuib dan Mamat. Ternyata mereka sebenarnya teramat merindui Jep. Bertikam lidah dan bermasam muka pasti terjadi dalam persahabatan. Mereka sendiri sekiranya diberi peluang mahu untuk kumpulan Sepah kembali seperti dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@inspirasi.my Dalam persahabatan ni pasti ada pergaduhan & perselisihan faham. Ramai sebenarnya mengharapkan mereka berbaik dan perform atas pentas sama-sama dengan lawak mereka. Rinduu 🥺 Saksikan Raja Lawak Podcast bersama Sepah, @shuibsepahtu & @Mamatsepah_Nana Isnin nanti eksklusif di youtube InspirasiMY Raja Lawak Podcast Setiap Isnin jam 8.30 malam Hanya di Youtube channel InspirasiMY Pengacara : @RAA @Azadsyaziraroses Penaja : @Kopi Saigon HQ #RajaLawakPodcast #KongsiInspirasiMY #KopiSaigon #Sepah
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mcm pakya pernah kata depa ni bertelagah sbb terlalu rapat. Bila tercuit sikit terasa la di antara masing masing tu.. “
” Kdg2 rindu dgn memori sepah.. Masing2 dh ade jln hdp masing2.. Berdamai dgn takdir.. Tiada yg kebetulan kan.. “
” Apa yg shuib ckp aku setuju. tp soalannya siapa yg berani mengaku Salah Dan pergi berjumpa Dan minta maaf.. kerana dgn kemaafan shj cerita mereka akan berakhir.. “
” Jep pernah jawab soalan pasal perpecahan kumpulan sepah nie dgn dj naz dulu… Dia terpaksa buat keputusan berpecah sebab dia kene terus melangkah utk ubah nasib keluarga dia kat kampung.. “
” Dua ni cakap rindu jep, jep cakap rindu kawan- kawan lama, dh tu tunggu apa lg.. rendahkan ego masing-masing dan saling bermaafan, mungkin itu yang akan memberikan ketenangan.. “
” Dah rindu… Buang la Ego. cari kedamaian. Tak salah klu mula kan dulu. harap-harap abang sepah kembali seperti dulu bang.. “
” Cuba bayangkan tiba time podcast ada Jep masuk.. nangis aku bai.. Aku rspect la pak jat ngan radin.. Gentle oh tnya soalan.. Smoga dorg smua bsatu kmbli.. “

Siapa yang tidak rindu pada sahabat yang pernah mengharungi susah dan senang bersama. Semoga suatu hari nanti, ada sinar damai untuk Shuib, Mamat dan Jep. Ramai yang berharap untuk melihat Sepah bersatu. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mereka bertiga. Memaafkan itu akan mendamaikan hati, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inspirasi.my, Tiktok Inspirasi.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

