Artis / Selebriti
” Aduh Dato’ Red potong bawang la. Dia yang doa, aku yang bergenang air mata.. ” – Netizen
Video Terbaru Rayuan Dan Pesanan Dato’ Red Kepada Kedua-Dua Isterinya, Datin Red Dan Adira Suhaimi Buat Ramai Tersentuh. Sempat Lagi Dato’ Red Buat Lawak Walaupun Tengah Sedih. Muka Ada Senyum Tapi Mata Tu Tak Boleh Sorok Kesedihan !!
Menerusi akaun Instagram Zayan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Red berada di konti Zayan FM bersama Faizal Ismail dan Anas. Menerusi temubualnya ini, Dato’ Red diminta untuk memberikan pesanan buat kedua-dua orang isterinya, Sharifah Nurshafila Hasyim atau lebih dikenali sebagai Datin Red dan Adira Suhaimi.
Pesanan yang cukup bermakna dan penuh pengharapan daripada seorang yang bergelar suami. Buat Datin Red, Dato’ Red mendoakan agar Datin Red sentiasa murah rezeki dan harapannya agar sebelum tiba bulan 5 iaitu hari perbicaraan kes mahkamah mereka, Datin Red akan menarik kembali permohonan untuk berpisah.
Buat Adira pula, jutaan terima kasih diungkapkan buat isteri keduanya itu kerana Adira banyak membantu dan menutup aibnya. Harapan yang sama juga diharapkan supaya Adira tidak akan meneruskan untuk berpisah. Sekali pun Dato’ Red ada menyelitkan jenaka dalam ucapannya itu, tetapi semua dapat merasakan Dato’ Red sedih mengenangkan apa yang bakal terjadi nanti.

Faizal pula spontan menyanyikan lagu Adira dan ianya mengundang ketawa mereka bertiga di konti. ‘Tuhan tolong lembutkan hati dia’, bait lirik yang mendalam maksudnya. Faizal dan Anas turut mendoakan agar rumahtangga Dato’ Red dan 2 orang isterinya ini akan baik-baik sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dato red tak pernah tak kelakar . Moga datin red dan adira juara af 8 kata nya tbuka hati amin.. dalam ketawa ada sedihnya tu.. ”
” Dia ngaku khilaf dia dan dia tak hide apa yg dia rasa tapi aku perasan dia cuba bangkit dengan peluang yg ada mybe dia tgh usha keras utk tak hilang dua² wife dia.. ”
” Dia yang doa, aku yg bergenang airmata.. semoga Allah bantu kalian lepasi ujian ini dengan baik.. dan bersama hgga ke JannahNya.. ”
” Sebak pulak.. sekali FBI nyanyi, potong mood terus haha. Aaminkan utk dato red di hari baik ni… semoga terbuka hati wife² tok red inshaAllah… semoga baik² semuanya.. ”
” Aduh buat sebak pulak. Semoga baik baik saja untuk kalian bertiga. Insha Allah moga Allah lembutkan hati Datin Red dan Adira.. ”
” Amiinn. Sebak pulak kita walaupun Dato kelakar. nampak je dato red ketawa tapi mata tu tak boleh tipu. tentu sedih kan memikirkan masa depan rumahtangga yang macam telor hujung tanduk ni.. ”
” Aduh Dato’ Red potong bawang la.. kita tahu dato red memang sayang dua-dua isterinya ini. Usaha dan doa jangan putus asa dato red.. ”
Besar sungguh harapan Dato’ Red dan tetap utuh dari dulu sehingga ke saat ini untuk kekal mempertahankan bahtera rumahtangga. Semoga Allah meniupkan rasa kasih dan dilembutkan hati Datin Red dan Adira untuk membatalkan hasrat mereka untuk berpisah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka bertiga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zayan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



