Artis / Selebriti
” Dah dewasa suara Salman, iras suara arwah ayahnya.. ” – Netizen
Video Kumpulan Inteam Berpadu Suara Bersama Anak-Anak Arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie Dan Salman Elkhoyri Buat Ramai Tersentuh. Dah Matured Suara Salman, Makin Iras Suara Ayah. Anak-Anak Jadi Pengganti Ayah Bersama Inteam !!
Sudah berbulan-bulan arwah Suhaimi Saad pergi meninggalkan Ina Naim dan anak-anak mereka. Kehilangan yang cukup besar tidak hanya untuk Ina dan anak-anak tetapi juga untuk pengikut setia Suhaimi. Bekas ahli Inteam ini sememangnya disukai oleh ramai kerana kata-katanya yang penuh nasihat.
Meninjau akaun Tiktok Inteam dan Ina Naim, telah dikongsikan video yang memaparkan Ina bersama anak-anak ke pejabat Inteam. Ramai yang meminta untuk Inteam menyanyi bersama anak-anak arwah Suhaimi dan kali ini hasrat semua ditunaikan oleh team Inteam.
Lagu Kasih Kekasih merupakan lagu paling melet0p Inteam suatu ketika dahulu dan ianya juga menaikkan nama ke semua ahli Inteam. Warganet masih lagi teringatkan kelunakan suara Suhaimi dan arwah antara penyanyi nasyid lelaki yang bersuara lunak dan merdu.

Mendengar dendangan suara Inteam bersama Salman dan Hadie membuatkan warganet dijentik rasa sayu. Suara Salman yang sudah akil baligh dan berubah garau suaranya menarik perhatian. Hampir sama seperti suara Suhaimi jika mendengar alunan suara Salman itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sekiranya video lambat keluar )
@inteam_official
@inasuhaimi78 anak2 ss feat inteam#inanaim #suhaimisaad #inteam #duet #kasihkekasih #fyp #viral
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah… hati ini sering terdetik.. akhir nya ia menjadi kenyataan… tahniah inteam kerana dapat berduet dgn anak anak arwah suhaimi.. ”
” Alhamdulillah.. pernah terfikir harap kumpulan inteam ambik anak arwah jadi recording artis/ penganti arwah.. sebak. alhamdulillah rzki ank2 yatim. smga Allah luaskn rzki.. ”
” Suara suhaimi saat antara suara lelaki yg merdu.. susah nk jmpe suara mcm arwah.. anknya yg lelaki yg kedua ni agak mirip suara ayahnya.. ”
” Subhanallah.. suara Salman ada iras2 suara arwah ayahnya.. semoga ukhwah terus berkekalan hingga ke syurga.. ”
” Salman iras arwah ayah dia, terbaik shbt inteam.. moga kekal hubungan dgn ank2 arwah.. ”
” Salman ni iras-iras arwah ayahnya.. suara pun sedap mcm arwah.. sebakla.. Tetiba mata masuk habuk.. followers Inteam since 2004.. Alfatihah arwah SS.. ”
” Dah dewasa suara Salman, sedap betul suara.. Ukhwahfillah sehingga ke Jannah. Sayu tapi padu.. Allah kurniakan suara yg merdu kpd ank2 arwah.mewarisi kemerduan suara bapa dn ibu mereka.. ”
Tidak jemu mendengar alunan suara Inteam dan anak-anak Suhaimi ini. Sekali pun Suhaimi sudah tiada, ukhuwah yang terjalin disambung oleh anak-anaknya pula. Tak sabar hendak mendengar versi penuh Kasih Kekasih Inteam ft Salman dan Hadie, tentu bakal menjadi siulan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Inteam, Tiktok Ina Naim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

