Connect with us

Artis / Selebriti

” Ngam g1la lip sync, sampai aku lupa muka Leona. Penatnya ketawa, haha.. ” – Netizen

Video Diva HA Buat Parodi Perbualan Kasih Iris Leona Mengenai Lagu Raya Ketipak Ketipung Buat Warganet Tergelak Besar. Fuh Yang Ini Memang Raja Parodi. Gerakan Mulut Tu Synchronize Betul !!

Setiap kali ada sahaja video viral yang tular di media sosial, pastinya ramai akan membuat parodi dan salah seorang yang aktif ialah Diva HA. Banyak video parodi oleh jejaka ini mendapat perhatian daripada warganet dan semuanya mencuit hati ramai.

Meninjau entry di akaun Instagram Diva HA, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Diva HA memparodikan Kasih Iris Leona yang sedang berbual mengenai lagu raya Aisha Retno berjudul Ketipak Ketipung Raya.

Klik gambar untuk info..

Diva HA memang cukup pandai membuat parodi dan lip sync nya tidak pernah tersasar. Timing yang sempurna dan gerakan mulut yang selari, parodi oleh Diva HA ini bikin warganet ketawa besar. Gayanya dikatakan ‘lebih Leona’ daripada Leona sebenar.

Bukan setakat dialog Leona diparodikan, bunyi selsema pun sama diikut. Lawak sungguh Diva HA sehinggakan ada yang terlupa muka Leona dan merasakan suara perbualan itu seperti suara Diva HA sebenar. Dah confuse, Diva HA ikut Leona ke Leona yang mengikut gaya Diva HA, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Diva Ha ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ngam g1la lip sync haha, sampai aku lupa muka Leona.. Penatnya ketawa, siapa ikut siapa sebenar ni haha.. ”

” Terbaik la diva_h.a.. Lebih baik dari yang original haha. On point btul lip sync diaaa… siot lah haha.. aku pulak yang terbahak ketawa.. ”

” Aku lah dia ni haha, kau buat aku ketawa sampai terkucil weh. Leona buat aku rasa cringe ko buat bru rasa kelakar.. ”

” Knpa stiap lip sync dia mcm rsa tu mmg suara diva_h.a .. by the way slmt hrirya aidilfitri maaf zahir n batin diva_h.a .. ”

” Haha dengan selsema pun diparodikan.. weh penat ketawa ni, mengekek aku dengar sampai last.. parodi paling lawak ni.. boleh terkencing macam ni.. ”

” Jadi pulakkkk.. hareyy betul.. ni bukan leona, ni leoha haha.. sak1y pulak hati kita rasa nak sekeh je kepala tu haha.. lawak betul.. ”

” Siot la dia punya lip sync.. why you miming too perfect man.. ngam ter0k, perfect lip sync.. Accurate sgt bro ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Sepatah-sepatah perkataan yang keluar kena dengan gerakan mulut Diva HA. Bak komen warganet, menonton parodi Diva HA ini memang boleh ketawa terbahak-bahak. Apa-apa pun, video ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata untuk menceriakan wargamaya. Semoga semua terhibur la ye.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Diva HA

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT