Artis / Selebriti
” Terbahak aku dengar ayat Rina. Tak boleh tahan nak gelak, haha.. ” – Netizen

Video Maryam You Narae Mengajar Anaknya, Nik You Rina Bercakap Bahasa Korea Buat Ramai Terhibur. Adoi Rina, Lain Yang Omma Ajar, Lain Pula Yang Rina Sebut. Lain Macam Pulak Tu Sebutan Rina. Tepuk Dahi Maryam Dibuatnya, Haha !!
Maryam You Narae menggunakan 3 bahasa di rumah bersama anaknya, Nik You Rina dan suaminya, Ryzal Ibrahim untuk berkomunikasi. Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Korea, ketiga-tiganya diajarkan kepada Rina dan yang menariknya Rina boleh mengikut rentak kedua ibu bapanya ini.
Meninjau akaun Instagram Maryam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Rina sedang menikmati buah anggur bersama Rina di rumah. Sambil makan, Maryam menyelitkan pembelajaran bahasa Korea kepada Rina mengenai buah anggur.
Anggur dalam bahasa Korea berbunyi ‘ Budou ‘ dan sebutannya itu kedengaran seakan-akan ‘ bodoh ‘. Dek kerana sebutan yang hampir sama, Rina menyebut anggur sebagai ‘bodoh’. Kelakar lah Rina ini. Sampai terkeluar ayat ‘ Rina putus dua ‘, walhal ommanya menyebut ayat lain.
Struggle juga untuk Maryam mengajar 3 bahasa dalam masa yang sama. Apabila ditanyakan sekali lagi kepada Rina apa ini sambil tangan menunjukkan ke arah anggur, jawapan Rina tetap ‘ bodoh ‘. Adui Rina, tepuk dahi terus omma mendengar jawapan Rina.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Maryam ini sehingga kini telah pun meraih lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Bodo anggur ni haha.. riena putus dua hahahahahaah somel lagi terbahak aku dengar ayat Rina. Lain diajar lain rina sebut haha.. cerdik sangat.. ”
” Rina kena belajar 3 bahasa Melayu, Korea & English – satu cabaran jugak utk Rina tapi nampak boleh catch up wpun tersilap2- process of learning.. anyway enjoy watching mummy dia ajar Rina.. ”
” Awat rasa macam tengok cerita Korea ni haha.. Kalau auntie pun sebut sama macam Rina, sama je bunyi haha.. omma tepuk dahi daaa haha.. ”
” Ahahah dekah la dengan Rina ni. ni macam mana nak cakap ni.. Bodo chusaeyo.. lagi haru bila kau excited ada org pegang anggur, then u be like.. “wahh.. bodo ” hahaha.. ”
” Haha hey apeni baby Rina, so cute. Bodo is anggur hehe, dengan acik sekali belajar bahasa Korea.. ”
” Comel sangat Rina .. tak boleh tahan nak gelak bila Rina sebut bodo tu. Adui bodo jugak dia ingat haha.. ”
” Geram lah Rina haha. Minat budak tecikk ni hehe.. Besar nanti mesti dia join maharaja lawak mega. angore bodo semua keluar ye Rina haha.. ”
” Bab tu ajar melayu n english jer lah nmpk Gaya nyer.. kalau aunty sebut pun macam tu jugak bunyinya.. bijak rina ni.. ”
Bukan setakat Rina, kita yang dewasa pun rasanya akan sebut perkataan yang sama, hampir sangat sebutannya dengan perkataan ‘bodoh’. Hebat lah Maryam mampu mengajar 3 bahasa kepada Rina. Tak mengapa, sedikit masa lagi, Rina tentu fasih bercakap bahasa Korea. ‘Bodoh’ pun bolehlah Rina asalkan perut kenyang dapat makan, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak