Connect with us

Artis / Selebriti

” Zaki ni tertelan suara Baba dia ke, sebijik betul.. ” – Netizen

Video Anak Dato’ Jamal Abdillah, Zaki Yamani Menyanyikan Lagu Duet Sandarkan Pada Kenangan Bersama Seorang Bekas Pelajar UPTM Raih Pujian Ramai. Wah Makin Sedap Suara Zaki, Lemak Merdu. Sebijik Macam Lenggok Dato’ Jamal, Padu Lah !!

Ianya satu bonus buat Zaki Yamani apabila dikurniakan suara yang merdu. Anak kedua kepada Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah ini sangat aktif dalam nyanyian dan pernah dijulang sebagai juara Famili Duo bersama abangnya, Osama Yamani.

Sekali pun Zaki masih di bangku persekolahan, Zaki banyak menerima undangan untuk majlis-majlis rasmi. Meninjau akaun Tiktok The Gagah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zaki membuat persembahan pada majlsi graduasi UPTM.

Klik gambar untuk info..

Dapat dilihat, Zaki berduet bersama seorang bekas pelajar UPTM bernama Farah. Bergandingan suara menyanyikan lagu duet popular Dato’ Jamal sendiri dan arwah Siti Sarah iaitu Sandarkan Pada Kenangan, persembahan Zaki dan Farah mendapat sorakan ramai.

Suara Zaki menyanyikan lagu Babanya ini kedengaran begitu merdu. Bak komen warganet, semakin lama semakin sedap suara Zaki. Ada juga yang mengatakan Zaki seperti telan kaset Dato’ Jamal dek kerana persamaan lenggok antara suara Zaki dan Dato’ Jamal.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@thegagah

ya ampun makan apa eik dua dua ni sedapp benorrrr 😩🥹 @zakyie and farah 👍🏻 #zakiyamani #sandarkanpadakenangan #fyp #jamalabdillah #sitisarah

♬ original sound – The Gagah – The Gagah

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Suara macam baba dia sangat Zaki ni.. tone tu memang tone Dato’ Jamal. Mana tump4hnya kuah kalau tak ke nasi ye tak.. ”

” Suara ayah sangat ni, sedap betul. Macam tak sync je muka dengan suara.. muak dia baby face.. ”

” Sebiji dah suara dato jamal.. semakin matang.. Anak Dato’ Jamal tentu lah ada iras suara.. tak puas dengar.. ”

” Zaki ni tertelan suara baba dia ke, sebijik betul suara dan gaya Dato’ Jamal. suara dato jamal zaman muda.. terbaik.. ”

” Love betul suara Zaki ni.. macam suara kaset ye Zaki. Suara Zaki ni mahal wooo.. zaman zack dan ogy masa muda.. ”

” Budak SPM tu, tapi dah mantap dalam dunia seni.. sedap betul suara, makan apa lah si Zaki ni. Suara baba dia sangat.. ”

” Suara bapak dia lagi la, sebijik macam Jamal Abdillah.. betul.. cara pegang mic pun sama haha.. Makin besar makin sama suara Zaki dengan baba dia.. ”

Klik gambar untuk info..

Semakin lunak dan merdu suara Zaki, semakin ketara persamaan suaranya dengan Dato’ Jamal. Zaki bakal menjadi pelapis untuk Dato’ Jamal pada masa akan datang. Semoga Zaki terus maju jaya dalam pelajaran dan juga karier seninya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok The Gagah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT