Artis / Selebriti
” Dah la kacak, bijak lagi. Soft spoken, suka dengar Isaac cakap.. ” – Netizen

Video Perbualan Antara Zahirah Macwilson Dan Anaknya, Isaac Raees Di Dalam Kereta Buat Warganet Terhibur. Wah Isaac Dah Jadi Pakar Pemakanan Untuk Mummy Lah. Comel Part Isaac Pujuk Mummy Tak Kasi Makan Coklat Tu. No Sugar Ok Mummy, Hehe !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza memaklumkan berita gembira bakal menimang cahayamata kedua pada tahun hadapan. Pasangan ini sudah pun mempunyai seorang anak lelaki bernama Isaac Raees. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi Isaac bakal berusia 3 tahun.
Meninjau akaun Instagram Isaac Raees, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Zahirah dan Isaac ketika mereka berada di dalam sebuah kereta. Isaac kelihatan sedang duduk di dalam car seat yang diletakkan di bahagian penumpang.
Isaac mengatakan ‘ no sugar’ apabila Zahirah mengatakan dia mahu makan coklat. Isaac mengulangi berkali-kali ayat ‘ no sugar ‘ dan kata Isaac lagi, coklat bukan makanan untuk dimakan. Spontan sahaja kata-kata Isaac selepas itu menasihati mummynya supaya makan nasi.
Alahai handsome boy seorang ini, kecil-kecil lagi sudah tahu makanan mana yang elok dan tidak elok untuk kesihatan. Gaya Isaac bercakap seperti gaya daddynya, Aiman. Seronok warganet mendengar Isaac bercakap bahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar seperti itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” No, it’s not for you to eat. Makan nasi.. MashaAllah, full sentence yang menyentapkan.. bila time sebut makan nasi tu.. terpandang macam bapak dia pulak nasihat.. gaya tu sama.. ”
” Aunty love the moment he tunes to Malay.. terbaik la Ijack.. Alhamdulilah bagus mama papa, sebutan Issac English cantek n Bahasa Melayu xpelat Pon sebutan. Comel2 je Issac ckp Tu.. ensem boy laa Isaac.. ”
” Okay tak jadi diet setelah mendengar nasihat ini hehe.. tahun depanlah diet ahhaha.. handsome boy… suka la bila dia cakap “boleh la”.. ”
” “Tak boleh laa” comelnya isac . Suka g1la bila dia cakap. Berulang kali tengok.. dah besar Isaac, pandai cakap siap nasihat mummy lagi.. anak yang baik lah isaac ni.. ”
” Sentap sis, no coklat okey. Makan nasi haha.. Bijak sungguh lah budak Isaac ni. Kelakar la, sayang sangat dia pada mummy.. ”
” Masya Allah cerdik sangat awak ni Isaac. Kecil lagi dah tunjuk care pada mummy. Mummy no chocolate okey, sila makan nasi hehe.. ”
” Dah la kacak, bijak lagi. Pandai Isaac nasihatkan mummy. Soft spoken, suka dengar.. Isaac cakap melayu lembut je dengar.. ”
Betul lah Isaac kata tak boleh makan manis selalu. Pandai Isaac menasihati mummy, bakal abang Long yang terbaik ni. Nampaknya selepas ini tak ada chance lah mummy nak makan coklat sebab ada body guard yang jaga, hehe. Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan untuk Zahirah sehingga proses bersalin nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Isaac Raees
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen