Artis / Selebriti
” Wow, sedap suara kakak Haqiem. Patut bawa masuk akak dia dalam Famili Duo.. ” – Netizen
Video Haqiem Rusli Menyanyi Bersama Kakaknya, Hani Rusli Lagu Semalam, Nyanyian Asal Aina Abdul Ketika Live Raih Pujian Ramai. Wah Ingat Haqiem Je Suara Sedap, Kakak Dia Pun Suara Power. Padu Lah Duet Adik Beradik Ni !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan nyanyian duet Haqiem Rusli bersama kakaknya, Hani Rusli telah meraih perhatian ramai. Pasangan adik-beradik ini menyanyikan lagu popular Aina Abdul berjudul Semalam.
Sebelum ini jarang sekali kita melihat Haqiem menyanyi bersama kakaknya terutamanya ketika sesi live. Seperti adiknya Haqiem, Hani juga nampaknya berbakat dalam bidang nyanyian cuma tidak menjadi seorang penyanyi professional.
Sekadar info, Haqiem mula aktif dalam bidang nyanyian sejak dari tahun 2008 lagi. Pada ketika itu, Haqiem masih lagi di bangku sekolah dan menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama di saluran TV9.

Kini setelah 15 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, Haqiem boleh dikategorikan sebagai seorang penyanyi yang berjaya kerana banyak merangkul anugerah. Antara anugerah yang diperolehinya ialah Penyanyi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34
Jom tonton video di bawah :
@qiemilioofficialfc SEMALAM Cover By Haqiem Rusli & Hani Rusli HaqiemRusli live dgn Kakak 🥰 Bestnya.. #HaqiemRusli #qiemilioofficialfc
Di ruangan komen, ramai yang memuji suara kakak Haqiem yang begitu merdu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Wah kak hani sedap suara. Hakim kalau nyanyi siape perasan dia Ade style tengok dagu mesti gerak untuk vibrato.. best.. “
” Sedap suara dua beradik ni… Satu family memang sedap sangat suara,,, cuma tak pernah dengar rusli je nyanyi.. haha.. “
” Sedap suara hani rusli, boleh jadi penyanyi juga ni. Adik beradik semua suara sedap. Semuanya berbakat. Boleh wat album.. “
” Wah, best juga.. cuba cover lagu lain pula mesti best juga. Sedap lah suara kakak haqiem. Mcm adiknya juga sedap. Padu.. “
” Sedap suara akak nye.. Sdap suara nyaa… boleh lahh nyanyi duet nanti.. patut bawa masuk akak dia dalam famili duo.. “
” Ya Allah sedap sgt ni ..harap Akem selalu lah cover lagu macam ni.. Buleh gi jauh suara brother baju putih nie syabass.. “
” Boleh gi jauh brader ni.. sedap. comel haqiem gelak.. loveeeee kak hani sedapp suara.. sedap suara dua adik beradik ni.. “
Ternyata pasangan adik-beradik ini berbakat. Seronok apabila mempunyai adik-beradik yang bersuara merdu, bolehlah merakamkan cover lagu walaupun sekadar suka-suka. Semoga Haqiem Rusli terus berjaya dalam industri hiburan tanahair.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Qofc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen



