Artis / Selebriti
” Yeayy, akhirnya dapat juga dengar Dato’ Siti cover lagu ni, sedap sangat.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi lagu raya Mimi Fly, Serumpun buat ramai yang teruja. Alahai, sedap sungguh Tokti menyanyi lagu ni dengan versinya yang tersendiri. Part Tokti sebut gedebuk gedebak tu comel..
Lagu Serumpun nyanyian oleh penyanyi, Mimi Fly tampil dengan sentuhan moden dan masih mengekalkan elemen tradisional serta sarat dengan mesej nasihat sempena menyambut bulan Syawal. Sekali gus membuat pendengar juga menjadi terpukau dengan alunan lagu tersebut kerana begitu unik.
Meninjau di akaun TikTok milik nama cikumi77, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi terkenal, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi lagu Serumpun. Menerusi video itu, pada awalnya DS Siti hanya live untuk mempromosikan produknya seperti biasa.
Dalam masa yang sama, DS Siti cuba untuk memenuhi permintaan para peminatnya untuk mendengar dirinya mendendangkan lagu Serumpun yang kini menjadi siulan ramai. Walaupun DS Siti membawa lagu Serumpun dengan nada yang santai sahaja, namun tetap kedengaran sedap dan merdu.
Perkongsian video itu turut menarik perhatian dan menjadi perbualan warganet. Ramai yang mengatakan suka serta memuji cara nyanyian yang dibawa oleh DS Siti. Komen warganet, seperti biasa DS Siti akan membawa lagu yang dinyanyikannya itu seperti lagunya sendiri.
Tonton video di bawah ini :
@cikumi77
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Yeayy, akhirnya dapat juga dengar Dato’ Siti cover lagu ni, sedap sangat dengar.. Mcam biasa, Dato’ Siti akan nyanyi macam dah lagu dia sendiri.. “
” Gedebak.. Gedebuk… Gedebak… Gedebuk.. Comel sgt bunyi tok ti sebut, sedap pula tu dengar.. Nyanyi santai2 pun padu betul.. “
” Lagu ni mimi je nyanyi ngam n kene dgn karakter muzik tu. Mmg jiwa mimi. Bagus tokti ni, cuba n support muzik yg skrg.. “
” Untuk lagu serumpun ni aku tak nampak dia nak g jauh jadi evergreen, tp bila Siti nyanyi, nak pergi evergreen tu nampak lah, keluar vibe raya lagu lama.. “
” Ni rasa betul2 hari raya, Mimi pun okey raya moden.. Tokti mcm nazamlbran.. Versi dia sdp je dgr, lembut merdu lunak, secukup rasa, sdp dgr.. “
” Ok dah dapat 3 org UTK buat lagu baru tradisional Dato’ Siti Nurhaliza hel Aishah redno Memey fly ,pasti album Meletop.. “
” Tokti ni bkn muka je cantik manis tp hati dia pun baik..soft spoken pulak tu… Ini barulah dinamakan beauty inside & out… Package suara sedap.. “
Lain daripada yang lain cara DS Siti menyanyi lagu ini. Jika didengar betul-betul, seperti lagu tradisional dan sangat berbeza dengan genre yang dibawakan oleh penyanyi asalnya. Apa-apa pun, Mimi Fly ataupun nyanyian DS Siti, kedua-duanya sangat sedap didengar.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cikumi77, IG ctdk, mimiflyyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar