Artis / Selebriti
” Part Dato’ Najib aku rilek je, bila masuk part Tun Mahathir, lebar sengih aku. Menjadi betul, haha.. ” – Komen Netizen
Video Danial Zaini menyanyi lagu raya, Ketipak Ketipung Raya versi patriotik buat ramai terhibur. Sebijik betul Danial tiru suara pemimpin-pemimpin politik. Part Tun Mahathir tu paling padu, versi duet pun rare. Hebat lah Danial..
Sebut sahaja nama pelawak Danial Zaini, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Umum mengetahui yang Danial mempunyai satu ‘kepakaran’ meniru suara dan gaya orang bercakap. Kelebihan yang ada pada Danial itu tidak semua orang ada, antara keunikan pada diri Danial.
Meninjau di akaun TikTok milik Danial sendiri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Danial menyanyikan lagu raya bertajuk Ketipak Ketipung Raya nyanyian asal Aisha Retro dan Aziz Harun. Namun kali ini Danial membawanya dengan versi patriotik. Bagi yang mengikuti Danial sejak dahulu, pasti mengetahui yang setiap tahun, pasti akan ada lagu versi Danial sempena menyambut bulan Syawal.
Menerusi video itu, Danial memulakan nyanyiannya dengan meniru suara Dato’ Sri Najib Razak dan selepas itu disambung pula dengan meniru suara Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Mat Sabu, Dato’ Seri Mohd Rafizi dan akhir sekali adalah suara Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Anwar.

Perkongsian video tersebut sekali lagi telah menarik perhatian dan mengundang tawa warganet. Ramai yang menyukai nyanyian Danial. Seloroh warganet, lagu raya yang paling rare pada tahun ini dimenangi oleh Danial kerana sangat unik dan lain daripada yang lain.
Tonton video di bawah ini :
@danial.zaini Lagu Raya 2025. Ketipak Ketipung Versi Patriotik. Suara ai ❌ Suara danial ✅ #laguraya #raya2025 #ramadan #hariraya2025 #fypmalaysia #fypfoodie #ketipakketipung #lagurayatirusuara #danialzaini
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video nyanyian Danial dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Version PMX paling win dan bertenaga, haha.. Penat aku gelak tengok dengar kalau Danial ni nyanyi tau.. Kelakar sangat.. “
” Part Najib aku rilek je, bila masuk part Tun, lebar sengih aku… Hahaahaaaaa menjadi betul.. Seb baek tak ketipak ketipung ketimbang.. “
” Weihh srs dgar suara ni rindu gila kat Najib.. Bukan sbb dia bg bantuan ka apa.. Tapi suara dia tiap kali ada perhimpunan apa2 mcm ada karisma hahahaha.. “
” Aku lah dia ni, sakit perut aku gelak.. Tak tau nk kta apa dah.. Sakit perut dah ni nak tercirit.. Kau Danial kalau buat lawak memang aku yang penat tau.. “
” HAHAHAHAHAHAHA part Tun M tu tolonggg la, semua kena, part last ja patriotik. Awal awal politik.. Hahhaa memang win sangat lah.. “
” Kelakar weh, boleh pula Najib, Tun dan Anwar berduet sekali.. Power lah, tak pernah mengecewakan Daniel, hahahaa padu.. “
” Dia dh kembali dgn versi lagu raya tokoh politik.. Paling menang lagu Raya ni.. Best sangat lah. Semua zaman ada.. Yang penting ketiga2 harmoni.. “
Part last sekali paling gempak, sempat Danial membuat paduan suara Dato’ Sri Najib Razak, Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Anwar. Hebat sungguh Danial membawakan lagu raya versi patriotik pada tahun ini. Apa-apa pun, video yang dikongsikan oleh Danial ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata buat para pengikutnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok danial.zaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti1 day ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


