Artis / Selebriti
” Lagu raya paling rosak tahun ni, sakit perut aku ketawa. Suara yang last tu win, paling padu.. ” – Netizen

Video Lagu Balik Kampung Nyanyian Danial Zaini Buat Warganet Terhibur. Wah Tahun Ni, Sampai 22 Suara Danial Tiru. Semua Pun Lawak Dengar. Mimik Muka Masa Menyanyi Tu Memang Tak Boleh Blah, Haha !!
Danial Zaini salah seorang pelawak negara yang diminati oleh ramai warganet. Kebolehan Danial meniru suara dan gaya seseorang bercakap menjadi salah satu keistimewaannya di mata peminat. Danial juga antara pemenang The Masked Singer Malaysia baru-baru ini.
Meninjau akaun Instagram Danial Zaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Danial menyanyikan lagu raya berjudul Balik Kampung. Bagi yang mengikuti Danial, pastinya mengetahui setiap kali raya menjelma, pasti akan ada lagu raya dinyanyikan oleh Danial dengan versinya tersendiri.
Sejak tahun 2020 lagi, Danial menyanyikan lagu ini dengan menggunakan beberapa suara selebriti yang boleh ditirunya. Tahun ini lebih istimewa kerana 22 suara digabungkan dalam satu lagu. Mendengar suara Danial dalam video ini membuatkan ramai yang terhibur.
Antara suara yang menjadi pilihan adalah Dato’ Jamal Abdillah, Salem Iklim, Dato’ Seri Anuar Ibrahim dan ramai lagi. Kali ini diselitkan juga dengan pesanan menerusi video ini. Danial sememangnya seorang yang gifted kerana ada anugerah meniru suara seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Danial ini telah pun meraih hampir 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tiap tahun makin ramai ni.. Menggelupo berduyun-duyun haha.. suara yang last tu win, paling padu.. ”
” Setahun sekali dia buat hal lah haha, selamat hari raya semua.. Makin ramai ahli kumpulan ni.. ”
” Mentimun betul. Penat gelak tau tak haha. pehh rajnikanth nyanyi lg raya haha.. Aku salute effort dia bnyk gilaaa wei.. ”
” Haha terbahak-bahak aku gelak, lucu nau haha.. Yo Parey pun masuk list.. lagu raya paling rosak tahun ni.. ”
” Bikin nak car0t hahaa, habis 1000 bulan aku woii DaniaL zaini.. sakit perut aku ketawa.. Suara bossku je power.. ”
” Dari 2020 setiap tahun ada haha. tahun ni punya kena kena. Pehh dia belanja kaw2 ye.. selamat hari raya.. ”
” Hang buat aku gelak.. Mantap pak abu haha.. Dia buat dahh.. yang part last tu sebijik weh hehe. Si0t ahh.. ”
Sungguh padu lagu raya Danial pada tahun ini. Bukan mudah hendak meniru semua suara-suara itu, hebat lah Danial. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga turut terhibur mendengar lagu raya dendangan Danial ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Danial Zaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen