Artis / Selebriti
” Jangan sentuh saya okey, kita menjual dulu.. ” – Adira Suhaimi

Video Reaksi Adira Suhaimi Apabila Dato’ Red Terpeluk Bahunya Ketika Live Buat Ramai Terhibur. Punya Lah Happy Ramai Viewer Masuk, Excited Sungguh Dato’ Red Sampai Tak Sedar Terpegang Adira. Comel Part Adira Warning Tu, Haha !!
Hubungan antara Adira Suhaimi dan suaminya, Dato’ Red kelihatan semakin baik dan mesra. Sekali pun kes mahkamah mereka masih dalam proses, ianya tidak mengganggu perhubungan mereka untuk sama-sama mencari rezeki demi anak-anak.
Meninjau akaun Tiktok Dato Red, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika Dato’ Red dan Adira membuat live bersama. Pasangan ini membantu seorang peniaga pakaian kanak-kanak untuk menggerakkan jualannya yang tidak berapa laku sebelum ini.
Banyak moment yang mencuit hati terjadi sepanjang live Adira dan Dato’ Red. Dato’ Red suka menyakat Adira ketika menjual, tetapi Adira sangat profesional. Macam-macam perangai Dato’ Red yang hyperactive dapat dilihat kerana terlalu gembira ramai yang menonton live mereka.
Salah satunya adalah apabila Dato’ Red tanpa sengaja terpeluk bahu Adira. Apa lagi, berubah wajah Adira dan mimik mukanya mencuit hati. ‘Jangan sentuh saya’, itu yang Adira katakan kepada Dato’ Red. Kena sound sebegitu, baru lah behave sekejap Dato’ Red tetapi itu tidak lama, selepas itu Dato’ Red menyakat lagi.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@datored5 Jangan sentuh saya 🤣 #datored @adirasuhaimi.real
@datored5 Dia panggil aku sayang 🤣 #datored #adirasuhaimi
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sumpah kelakar orang tua ni haha. Dia ni meniaga ke bercinta, aku yang tersipu-sipu, tersengeh-sengeh macam kerang dh ni.. ”
” Dato red kelakar tersendiri Tanpa buat buat. Pelan-pelan dato, pujuk bagi elok-elok hehe.. ”
” Jangan sentuh saya okey, kita menjual dulu haha.. lucu part adira buat muka tu. lucu dorang berdua ni, seronok tengok.. ”
” Jangan sentuh saya, berubah terus muka dato red haha. Adui kelakar lah, sak1t perut gelak.. ”
” Jangan sentuh saya.. saya tu pekat, hilang loghat Sabah Adira haha. Dato’ try la tu, lawak dato ni.. dari awal sampai last aku gelak je tengok drg berdua.. ”
” Haha Sumpah lawak kome dua ni. kami dok gelak no suka tengok hngpa berdua. slow slow pujuk, semoga panjang jodoh Tok red dan adira.. ”
” Kena sound setepek haha. lucu g1la, kita menjual dulu, maknanya jap lagi boleh la tu haha.. dato’ red lawak dengan adira ni.. ”
Ketawa tak henti warganet melihat live Adira dan Dato’ Red. Patut lah anak mereka, Anggerik pun lawak, mengikut perangai Ami dan Papa rupanya. Semoga murah rezeki selalu Adira dan Dato’ Red dan dirahmati Allah selalu. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datored5
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin