Artis / Selebriti
” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
Video Danial Zaini menyanyi lagu raya Mimy Fly, Serumpun menggunakan 16 suara buat ramai terhibur. Memang sebijik sama suara yang ditirunya. Part Diva AA berdekah gelak, haha..
Fenomena video kreatif sempena Hari Raya Aidilfitri kembali mencuri perhatian apabila pelawak, Danial Zaini, tampil dengan sebuah persembahan unik menerusi lagu raya bertajuk Serumpun yang merupakan lagu yang dipopularkan oleh Mimi Fly.
Lebih menarik, lagu ini dibawakan menggunakan 16 suara berbeza, membuktikan keupayaan vokal serta kreativiti luar biasa Danial dalam menghasilkan kandungan yang menghiburkan. Antaranya suara Pak Nil, Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan ramai lagi.
Menerusi perkongsian terbarunya itu, Danial memaklumkan bahawa projek ini dihasilkan khas atas permintaan peminat yang teruja dengan konsep “banyak suara” yang pernah dilakukannya sebelum ini. Seperti selalu hasilnya memang menghiburkan.

Walaupun sedikit lewat diterbitkan, hasilnya tetap memukau dan berjaya mencuit hati ramai, apatah lagi dengan suasana Aidilfitri yang semakin hampir. Perkongsian ini menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sangat sangat wow ye! Padu hahaha..yg paling sama DSN,Tun M, Chef Wan.. meletopsss….part awal2 mcm rilex dh nak abes siap kartun2 pun dia tapaw.. “
” Paling WIN Fuuuu Rajinikanth join lg raya, Masuk pula tu. Hahah syamsul yusuf tak ada bang.. “
” Phui4x mengelupur jln jem blk kampung hahaha. Takde siapa nak hire dia jadi voice actor ke dubbing ke? Talented terok nie.. “
” Penat la aku senyum sorg² dlm opis.. nk bdekah x blh. Kau memang talented Daniel….you should get paid well!! “
” Adessss syamsul yusof xjoin plak tahun ni.. Wehhhhh aje gler ak gelak wehhh.. Dia start dgn AI je aku dah berdekah and pause video aje gampang.. “
” Waaaaaa dia dah muncul Diva AA tak boleh lawan laa.. haha. Part last pon mengelupur balik kg.. “
” Hahhaaha.. dekah aku wehhh.. dah kering tekak dah.. br jer lepas azan subuh.. cmner nie.. “
Secara keseluruhannya, usaha kreatif Danial Zaini ini bukan sahaja menghiburkan, malah berjaya menyemarakkan lagi kemeriahan raya dengan sentuhan unik yang pasti dikenang oleh para peminat. Memang terbaik lah Danial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Danial Zaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

